Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM)
Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.
Aku dapat GDm sebab keturunan.. huhu.. Awal kehamilan, okay je..takde masalah diabetes.. Tapi start bulan ke-enam, mmg naek mendadak..huhu.. Aku pon belila alat nak ukur gula dalam darah uh..huhu..senang sikit, takyah nak berulang gi Klinik untuk buat BSP ( blood screening profile kot?).
Aku adalah orang yang tak suka minum dan makan makanan manis.. Aku tak suka makan kueh mueh pon.. So, mmg totally sebab keturunan dapat GDM nih.. BUlan ke-7, aku da start amek insulin..sehari cucuk 4 kali kot..penat gakla.. tapi nak cucuk uh senang je.. patutnya kene tahan kat hospital untuk nurse cucuk insulin..tp aku xnak dok hospital..so, aku cucuk sendiri..tak sakit pon kalau betol tempat yang dicucuk..hehe..kalau salah cucuk, boleh lebamlaa jugak..
So, aku nak cerita, GDM nih bahaya.. Selalunya org yang obese yang akan dapat GDM nih..time gi hospital, semua saiz XXL dah.. sebab baby besar..aku je saiz M time uh..baby kecik lagi.. tapi sebab bacaan gula tinggi, kenelaa jugak amek insulin..
GDM nih bahaya bila baby kita terlampau besar, air ketuban berkurang dan jugak bila kita dapat darah tinggi..
So, antara langkah yang perlu diambil jika ada GDM:-
1) diet yang sihat.. (makan 3kali sehari..jangan makan makanan manisa dan berlemak..)
2) Bersenam.. - Orang mengandung mmg digalakkan bersenam.. Jangan manjakan sangat diri..nanti badan merana.. Petang-petang, ajakla suami berjalan keliling tasik / tanam, bercucuk tanam ke, basuh kereta ke,..hehe.. antara senaman yang aku buat dulu- speedwalk dan basketball.. aku stop maen basketball time 8bulan kot.. sebelum uh, ikot je anan gi bersenam...
3) banyakkan minum air masak.. minum air masak takkan jadikan kita kembang..unless kalau minum air oren ke, air teh ais ke..haha..
4) Kalau teruk, kena amek insulin..-macam aku..huhu..
So, ibu ibu yang hamil dan risau sebab diabetes, lihat balik meal plan dan aktiviti anda.. kira kalori yang diambil..banyakkan sayur dan buah.. and jangan lupa makanan sunnah-susu kambing, kurma, habbatussauda, zaitun, delima, dan banyak lagi..
=)
MENGATASI DIABETES DENGAN QASEH ADINDA DAN KEKANDA
QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH UNTUK SEISI KELUARGA
BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat
Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh
No comments:
Post a Comment