Pages


Showing posts with label #syahmi. Show all posts
Showing posts with label #syahmi. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

ehem!.. I'm Pregnant!

Yeahhhhh!!

Setelah berbulan mencuba, akhirnya dapat jugak rezeki yang tidak ternilai nih..
dan kebetulan Achik pon pregnant.. Kalau Nisa pon pregnant, syok nye...ramaila baby akhir tahun nih..
Apa-apa pon, aku harap, kandungan selamat.. Tak sabar nak tunggu kelahiran dia.. =)
Sekarang baru 6minggu setengah.. EDD =8 November 2014 nih..=)

Pregnancy kali ni pon start dengan berat yang sama.. 63.3 kg..huhu..
harap badan kekal aktif macam dulu. Cuma aku kurangkan travel sebab nak elakkan bleeding lagi.


Hasil keputusan UPT yang ke empat..haha..sbb tak percaya, terpaksa cek byk kali.

Main bersama Naufal yang sama-sama akan jadi abang.. Tapi Syahmi asek kena buli je..hehe..

Syahmi bersama cat kesayangan.. Kena didik dia supaya sentiasa sayang menyayang.

Syahmi pow nenek nak beli Poby.. Nenek nak belanja basikal, dapat Poby plak.


Happy betol dapat Poby.. nak bawak merata-rata Poby dia uh.. Harap-harap abg Syahmi boleh jaga adik elok-elok nanti.. Ibu sayang Syahmi.. muahhhh.

Tuesday, 19 November 2013

Syahmi da besar

Dah setahun 2 bulan da usia Syahmi..banyak sangat gelagatnya..
Yang paling best, dia da paham apa org cakap..

*Kiss*
Balik kerja je, aku akan mintak kiss..
tunjuk  pipi, tunjuk dahi, tunjuk dagu, tunjuk hidung, semua dia kiss..hehehe..

*mamam*
Ibu : Syahmi nak mamam?
Syahmi : mam mam.. sambil angguk..

ataupon, dia nampak dia punya tuppuerware, dia akan tunjuk and cakap "nak, nak"

*pororo*
Aku ada beli cd pororo, aku letak kat kabinet tv..kalau dia nak tgk, dia akan merangkak gi kat kabinet tv, amek sarung cd, tunjuk kat aku ngan anan, "nak..nak.."

*remote control*
Sekarang da pandai da amek remote astro, tunjuk kat tv setiap kali balik umah..
Duduk atas tilam dia, pegang remote..huhu..

*susu*
Sekarang nih, aku senang je nak tau kalau dia nak nyusu..
kalau lapar, dia akan cari aku, terus tepuk2 dada aku..ataupon selak baju aku..

kalau dia tgh maen, n tak menyusu untuk waktu lama, aku akan tanya,"syahmi nak susu?"..terus landing atas paha aku..hehe..

*olivenol vs lactoGG*
Dia da kenal mana satu olivenol, mana satu lactogg..
setiap kali tunjuk botol olivenol, dia akan geleng2, dan jebik2 mulut dia..

Kalau lactoGG, dia akan cakap, "nak, nak"

*Ayah*
Kalau dia dok dalam bilik nyusu, abes je nyusu, dia akan jerit "ayah...ayah.."
Itu tanda dia nak suruh ayah masuk, amek dia dari dalam bilik

*turun katil*
Setakat nih, syahmi baru 2kali jatuh katil..sekali kat umah ibu, time tido ngan aku..sekali lagi, time ngan anan..time ngan anan uh, dia gi panjat bantal..bantal plak kat tepi katil..hehe..
So, untuk elak jatuh, aku ajar dia cara turun katil yang betol..
Dia akan meniarap dulu, turunkan kaki dulu untuk pijak kat tepi katil, pastu baru turun..huhu.. Kalau dia rasa xselamat, dia tgk je dari tepi katil..hehe

*Naik tangga*
Kalau gi rawang, dia paling suka naik turun tangga.. dia pegang handrail, dan panjat tangga satu persatu.. merisaukan betul..sbb dia xpandai jalan lagi..tp suka maen tangga.

Tuesday, 17 September 2013

Selamat hari lahir sayang...

Selamat hari lahir Syahmi Fawwaz....
 
 
Ayahcik bagi hadiah rumah mainan pada Syahmi.. Ada 2biji rumah nih dengan satu terowong...sangat besar..tatau mana nak bubuh..aku bukak satu je bagi Syahmi merasmikan.. Suka betol dia maen dalam tuh.. Ayahngah bagi Tom yang talking tom uh.. huhu.. Tapi Syahmi asek gigit hidung dia je..So, aku simpan balik dalam kotak..hehe 
 



 

Hobi dia sekarang nih adalah berdiri atas kerusi.. suka sangat nak berdiri kat situ..huhu..Tapi masih takut takut nak lepaskan tangan lagi.. Tapi dia berusaha laa jugak..hehe..masih berani nak bye-bye ibu..



14 September tuh, aku buat makan2..jemput family dengan pengasuh Syahmi.. Disebabkan pengasuh Syahmi ramai adik beradik yang semuanya kenal Syahmi, aku jemputlah sekali..huhu.. Tapi lupa nak amek gambar masa tengah ramai2 tuh.. nih time semua org da balik.. tinggal ibu ngan ayah ngan maklong paklong Syahmi je.. Ingat nak jemput Kak Ila..tapi kak ila xde kat rumah pulak.. Sebab Syahmi allergy dengan tepung, aku xde beli kek pon..hehe.. Syahmi makan bubur dengan puff je arituh..nothing special..

Jubah nih abangah beli time dia gi umrah..nasib baek Syahmi muat lagi.. Syahmi ada 3pasang jubah..tatau bila nak pakai..hehe.. mungkin raya haji nanti, bolehlaa pakai kot..hehe

 





 

Tuesday, 10 September 2013

I'm a big boy now

Semalam lepas maghrib, aku plan nak memasak..
Anan pulak baru nak mandi dan sembahyang..
So, tinggal la Syahmi sensorang..
Sebelum kitorang mandi dan sembahyang uh, da puas bergomol ngan dia..
Gigit sana, gigit sini..mentang2 gigi da 5batang..huhu..

So, aku pon tinggal lah Syahmi depan TV sementara anan sembahyang..
Time tuh baru aku sedar, yang anak aku da besar..huhuhu..
lagi 4hari, umur dia setahun..
kejap je masa berlalu..


Ayah pon join Syahmi tgk pororo lepas tuh
 
Syahmi landing ngan Koko sambil garu perot

Ibu stalk Syahmi dari dapur..hehe


Friday, 23 August 2013

5 days 4 night without them..

Minggu depan, aku kene gi outstation lagi.. KUL-BKI-LBU-KUL.. for the whole week..
Harap harap Syahmi x demam..isk.. rasa sebak pon ada.. hopefully Anan x jadi pergi offshore..
Kalau x, aku dengan anan dedua xde, xkan Syahmi nak duduk dengan umi seminggu?isk..sedihnya..

Macam mana Syahmi nak tidor malam nanti..isk..hopefully he will be just fine.. Luckily , stok susu banyak lagi.. kene bagi yang paling latest untuk dia menyusu malam..

Syahmi,
maafkan ibu kene tinggalkan Syahmi seminggu..
Nanti bila Syahmi da besar sikit, Ibu bawak eh?
Kalau x, nanti ayah da kaya, ibu jaga Syahmi sendiri eh?
Hopefully, Syahmi xmeragam..

Wednesday, 21 August 2013

Eczema : Newdermeo

For those who have eczema and no other cream works for you, you might want to try this out.
They are still doing study for the effectiveness of the cream and I might as well participate.

You can read all about the study in below link:-

http://www.newdermeo.com/about-the-study.html

As long it does not contain steroids, I might give it a try by applying for patch test first.
if it works, I can continue using it until fully recover.

The most important thing to remember in curing eczema is there is no certain product can cure it. Different people reacts to different things. Who knows one can get allergic to tomatoes / carrots? In Syahmi case, I am still waiting for him to turns 15months old before proceed to do the allergy test. Currently, I just notice that he is allergic to cosmetic(lipstick, blusher, etc), perfume, wheat (gluten), cassein, dustmite..there are a broad range of products that he may be allergic to..

So, besides avoiding certain product, I think there is no harm in trying new product.. In fact, I have been trying quite a lot since day 1 as per my previous post.

So, if anyone interested to join in the study, you may open the website and download the application.

Thursday, 15 August 2013

Sekitar raya

tahun nih kitorang raya di Banir.. kampung opah Anan..
Tahun lepas tak dapat beraya kat sana sebab aku da sarat mengandung n raya ketiga kene gi hospital sungai buloh. Raya ketiga tahun lepas gak ayah masuk ICU sebab heart attack. Nasib baik kitorang ada kat rumah.. Kalau x, tatau sape nak bawak ayah gi hospital. Alhamdullillah, semua selamat. Nasib kitorang da amekkan insurans untuk ibu and ayah..hehe.
 
So, tahun nih beraya di kampung Anan.. Agak sedih jugak tak dapat beraya bersama family.. And tak ada nasi himpit dan kuah kacang.. selalunya, aku akan makan nasi himpit dari malam raya sampai raya kedua..heheh...
 
Kitorang gerak balik ke Banir hari Selasa.. Aku siapkan kemas rumah, basuh baju supaya pulang dari kampung nanti, tak delah pening kepala tgk rumah.. Kitorang gerak dari Gombak pukul 12malam.. Pukul 4pagi baru sampai. Jalan dekat Plus mmg jammed. Anan sampai tersengguk-sengguk.. Aku pulak xley nak drivekan sebab dok riba Syahmi yang tengah tidor.
 
Sampai je kampung, terus sahur, then tidur.. Tapi, kul9 pagi da bangun balik..sebab Syahmi da terjaga.. Hari last puasa, Anan dan Mak & Farah+wani (sepupu anan) dok menganyam ketupat.. nk buat ketupat pulut.. Opah pulak buat rendang.. Aku pulak kene jaga Syahmi.. Tapi bila Syahmi tidor , dapatlah jugak belajar menganyam ketupat dari mak..hehe.. Sempat aku siapkan 2 ketupat, Syahmi da bangun..huhu..
 
Malam Raya tuh. Syahmi tidur pukul 9 malam, dan terjaga pukul 1pagi.. pukul 1pagi uh aku baru je nak tidur.. huhu.. Anan da tidor.. boleh plak si kecik nih ajak maen.. Dok kacau Onyang dia yang tengah memasak dan kemas dapur.. terkekek-kekek dia gelak.. Aku layankan aje walaupon mengantuk.. Sepanjang umurnya 11bulan nih, ini baru 1st time dia berjaga malam ajak maen.. dia tidur balik kul 4pagi..mendera ibu betul budak nih...
 
Bangun pagi raya, semua orang da bersiap2..aku siapkan Syahmi dulu, bagi dia makan bubur, baru aku mandi.. Aku lah orang yang last mandi harituh..orang laen semua da sembahyang raya..hehe..
Elok je lepas salam-salam raya semua, Syahmi mengantuk.. So, aku tidorkan dia.. Raya 1, raya 2 , raya 3, dari pukul 10/11- pukul 1/2 dia kaan tidur..pakai lawa-lawa, pastu tidur..haih..

Raya 1 : baju melayu tak muat da..walaupon baru 4hari lepas try dia muat lagi..huhu.. So, pakai baju raya ayahngah dia belikan jelaa.. Satu set dengan kasut, semua kotak2.. Tapi digunakan untuk tidur je.. Tidur pon pakai kasut.. Oranglaen semua pegi beraya, dia tidor je..hehe

raya kedua, pakai baju Polo yang nenek bagi ngan jeans..nih pon sama, dah hensem2, tidur plak..lepas dia bangun tidur baru kitorang keluar beraya.

raya ketiga, beraya kat rumah je.. Pakai baju yang aku beli kat FOS warehouse je..hahah.. rm 3 je tau??lawa kan?hehe..
Raya keempat , last day di kampung..ini tak tidur sebab dia bangun lambat..kul9 baru bangun.. kitorang nak gerak ke teluk intan.. Ada sepupu aku kahwin.. Syahmi org pertama siap..
 
Ini gambar malam raya pertama, kitorang ke Tesco kampar makan KFC beramai ramai.. Naufal kene tinggal time nih sebab da tidor..Ini je kot gambar kitorang bertiga sepanjang raya nih..hehe..
 
Syahmi kene maen dengan ibu je sebab dia yang paling kecik..takde org maen ngan dia..hehe..sian anak ibu nih..
 
Syahmi, ayah dan Nuafal dok tengok Pink Fong kat ipad.. Ayah da ngantok da melayan budak dua org nih..hehe..

Gambar Syahmi yang sangat excited sampai ayah kene siku..hehe

Syahmi, ayah, aunty mia dan uncle ngah

Syahmi dan ayah lagi

favourite spot syahmi, atas bahu ayah..

Syahmi dan kopiahnya.. hehe
 
 

Monday, 22 July 2013

Hobi baru saya

1.Naek motor
 
 
 
vroomm..vrommm..ke tepi ke tepi..

Ehh..salah pegang ke ayah?sori..ingat handle nih tadi..

Okay..now,i'm ready for a ride..vroomm...vroooommmm..

 

2. Menggigit

i can bite and chew almost everything..

Awak nak sikit?
 

Mengorek ape lagi tuh Syahmi?
 

Okay..Saya gigit balik..awak tak nak kan??

Eczema

Hari Ahad, eczema Syahmi makin teruk..sampai berair-air pipinya..
Darah melekat di baju..
Bau darah melekat di jari-jarinya..
pipi melekit-lekit sebab air dan darah di pipi..
Syahmi jangan makan tepung gandum tau?
Jangan makan susu lembu...
Jangan makan makanan berminyak, bergaram..
Kalau orang suap, jangan makan..
Syahmi makan makanan yang ibu masak je tau?
Get well soon, sayang..

Aquaria 2013

Jumaat lepas, aku beli baucer tiket Aquaria. Rm28/pax (adult)..
So, hari Sabtu, kitorang pon pergi Aquaria bawak budak tembam tuh..
Bangun pagi, hantar kereta Anan ke bengkel dan terus gerak ke Aquaria..
Kitorang park kat pavilion untuk dapat free parking dan elakkan jammed.
Memang bernasib baek sangat sebab Syahmi dah makan kat rumah, then dia da tidor dalam kereta.
Sampai pavi, memang sangat excited dia..
Lepas parking, kitorang pon geraklah ke Aquaria..
Jalan kaki guna jejantas yang menghubungkan KLCC-Pavilion..
Sampai Aquaria, mmg Syahmi syok sangat..dok kejar ikan, dok tepuk sana, tepuk sini..
Sempat amek beberapa gambar jela..hehe..
Tapi, kitorang amek jugak pakej gambar dari Aquaria.. Bayar rm50, dapat 5 keping gambar..okaylaa tuh..hehe

next nak gi zoo pulak!,.tapi tunggu Syahmi jalan laa..xlarat ibu ayah nak dukung

Syahmi, jerung kat atas..bukan kat bawah

Nak maen Cak Cak dengan ikan ye?

Cuba kira ada berapa ekor ikan tuh?

Ayah dan Syahmi khusyuk tengok ikan

Syahmi pandang mana tuh sayang?

Ibu yang posing lebih nih

in tunnel..rugi pulak tak amek gambar banyak-banyak dalam ni




Friday, 19 July 2013

Aquaria

Pada sesiapa yang nak gi aquaria di bulan puasa nih, bawak anak anak, bolehlaa melayari Groupon..
Boleh dapat diskaun..
Aku da beli 2 tiket..hehe...
Nak bawak Syahmi esok gi Aquaria..tp timing kene ngam supaya bukanlah di waktutidur dia..
Esok nak hantar kereta gi bengkel, pastu terus ke Aquaria..yeyeyeyye...

Aku suka sebenarnya gi Aquaria nih..
Best tuh..hehe.Ada macam2 jenis ikan..Aku pernah gak tengok kalau2 ada job opening kat sana..tapi malangnya, takde..huhu..nak buat camne kan..Jadik pelawat jelaa..

Nanti nak amek gambar Syahmi banyak2..hehe..sure dia sangat excited esok...

Thursday, 18 July 2013

Kontrol senyum

 
Semalam Anan banyak kerja..So, kitorang balik lambat sikit..kul5.30 baru gerak.. Selalunya, bila amek lambat sikit, sure Syahmi buat-buat merajuk.. kadang2, kita agah pon, dia tanak gelak..dia suka sangat tahan nak senyum nih.. Tapi senang je nak buat senyum.. kene surprisekan dia..hehe..buat dia terkejut.. Sure terkekek2 gelak.
 
 
Ibu amek Syahmi lambat arini..Syahmi tanak senyum kat ibu.
 
Syahmi nak maen kat luar.. Syahmi merajuk dengan ibu

Tanak..Syahmi tanak senyum .. *dalam hati :hihihihihi*

hehee..mana ada Syahmi nak gelak..

hehe..sebab Syahmi sayang ibu, Syahmi gelaklaa..bukan sebab geli..

Ok Fine... Syahmi gelak je..hehehehhehe