3kali kitorang tukar cadar sbb muntah dan diarrhea yang banyak sangat. Dia pon lesu. Dia makan/minum apa saje, sure keluar balik.
Dah bagi probiotic / olivenol / garlic, tapi semua keluar balik tak sampai seminit. Tempoh cirit birit pon lama. Khamis- Selasa (6 hari).
Aku bawak gi jumpa doc. Doc kata kena viral fever. sebab pagi Jumaat tu dia da start demam (38degC). Doc bagi smecta+enerzal.
Sabtu, Ahad mmg tak keluar mana-mana. sebab dia lesu je.. boleh nampak tulang rangka dengan tulang belakang dia..kesian sangat tgk dia..
kadang-kadang, dia kembung..Nasib baik kitorang dpt keluarkan angin dia.. baru dia lega nak tidur.
Doctor kata, takde ubat untuk baby. Just kena pastikan dia minum air secukupnya.
Mula-mula, ingatkan keracunan makanan. Sebab Syahmi still suka kutip-kutip masuk mulut.. takut termakan inedible food ke..Tapi doctor kata bukan.. Bila tgk sign, macam kena rotavirus je.. Aduii..
So, kalau anak korang terkena rotavirus / anak cirit birit, macam mana nak buat? Meh I story :-
Tanda-Tanda Rotavirus
1)Muntah
2)Cirit Birit (watery diarrhea -kaler hijau)
3)Demam
4)Lesu
Duration
1) Incubation = 1-2 days
2) Diarrhea = 2-8 days
Cara-Cara Merawat
1) Bagi air secukupnya. Elakkan dairy product, fruit juices, and high sugar drinks.
2) Bone broth soup - Sup ayam/tulang/daging- reneh dalam sejam dua bersama halia, dan garlic.
3) Air kelapa - yang ni berkesan untuk Syahmi. Tapi dia minum setengah gelas je. Aku minum 3biji kelapa dalam masa sehari semalam. Aku redha je minum banyak-banyak dengan harapan electrolytes dlm air kelapa akan mengalir dalam susu untuk Syahmi. Alhamdullillah, berkesan.
4) Probiotic - Untuk menstabilkan bacteria dalam perut
Jumpa doktor / bawak ke ER jika:-
1) Anak dehydrated
2) Demam terlampau tinggi (38.5 degC ke atas)
3) Berak berdarah
4) Cirit Birit lebih 24 jam
Tanda- Tanda dehidrasi
1) Anak tidak kencing. (pampers kering untuk 3-4jam)
2) kencing kuning dan berbau
3) Lesu tidak bermaya
4) Kulit anak kering dan tidak anjal seperti biasa
5) Mulut dan lidah kering
6) Menangis tanpa air mata
7) Tidak berpeluh
Rotavirus adalah penyakit yang normal. Ada kajian yang dibuat menyatakan bayi akan mendapat rotavirus sekali sebelum umur 5tahun. bagi aku, tak perlu ambil rotavirus vaksin. Lagipon ada DNA babi dalam Rotarix tu. Just, kena pandai jaga time anak rotavirus. Pastikan mengambil air secukupnya. Kalau tak, bawak pergi hospital untuk IV drip.
Dehydration pada bayi adalah merbahaya. So, ibubapa kena aware dan memerhatikan anak-anak semasa diarrhea.
Rotavirus juga berjangkit. So, kebersihan adalah faktor utama supaya tidak mengjangkiti orang laen.
Tidur sepanjang masa. Badan pon makin kurus
Seluar dan baju kena tukar lebih 10 kali sehari. takde sempat nak matching
Balik rumah, terus tidur. tak senyum pon
Bye - bye diarrhea.. last day di Klinik maen-maen dekat bilik doctor.
QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH UNTUK SEISI KELUARGA
BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat
Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh
No comments:
Post a Comment