Satu keputusan yang agak major dalam hidup aku..
Aku putuskan nak jadi surirumah sepenuh masa buat sementara waktu..
Sekarang, menghitung hari sebelum memulakan hidup baru.
Mungkin tiada lagi kebebasan dalam berbelanja..
Tapi hati dah tak sabar nak duduk rumah bersama Syahmi..
nak start modul homeschool untuk dia..
Bagi aku, menjadi surirumah sepenuh masa ni mmg cita-cita dari dulu..
Aku nak duduk rumah, jaga rumah, jaga anak..
Pagi, nak masak untuk suami ngan anak2..
Petang bila suami balik, semua da tersedia..
Rumah pon sentiasa kemas..
Beberapa bulan pertama mungkin adalah masa yang paling sukar.
Sebab aku masih ada tanggungan kereta, insurans aku, insurans ibu, insurans syahmi..
Tapi, insyaAllah, aku bercadang nak bukak bisnes sendiri..
Bisnes ape, tak dipastikan lagi..
Tapi insyaAllah..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..
Rugi tak bila tak jadi engineer?
Mungkin org luar akan kata, rugi belajar tinggi2, last2 jadi surirumah..
Tapi bagi aku, dapat didik anak kat rumah lagi bermakna..
Ini pengorbanan yang paling besar rasanya..
Dan aku berterima kasih kat suami sebab sentiasa menyokong.
Dia pon dah tak sanggup kot asek tgk aku tensen je memanjang.
Aku just mengharap ada rezeki laen untuk keluarga kami.
Rezeki di bumi Allah ni besar.
Bukan setakat jadi engineer je..
Mana lah tau bila kerja sendiri, pulangannya lagi besar.
Bagi yang masih nak decide untuk berhenti kerja atau tak,
ikotlah naluri..kata hati..
Percaya dan yakin dengan rezeki Allah..
Tak perlu jadi kaya..
Sebab duit takkan pernah cukup..
Asalkan satu keluarga hidup bahagia pon da ok..
InsyaAllah..Semoga segala usaha dipermudahkan...
Full Time mom to my beloved Syahmi Fawwaz.. Full time wife to my dearest husband.. 8.30-5.30 engineer to Clariant Oil (M)..
Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts
Tuesday, 15 April 2014
Friday, 16 August 2013
10 perkara isteri suka suami buat
haritu masuk Fb, ternampak ada org share tips nih..
bagi aku, macam takde ape sangat sebab boleh dikatakan, semuanya mmg Anan buat..haha..
Tapi, bila baca komen, ramai rupanya suami-suami yang mengabaikan 10 perkara nih..hehe..
So, just sharing.
1. Ciumlah isteri tidak kira di mana, pada bila masa... Dapat pahala tau cium isteri..
2. Dengan memeluk iseri/suami, kita akan menjadi lebih tenang.. Kalau suami tgk isteri
kepenatan, kesedihan, kesakitan, dll, peluklah isteri..takyah cakap apa-apa pon.
3. Sekali sekala bermanja, apa salahnya.. Kalau isteri tengah memasak, membasuh pinggan, sidai kaen, pergi je belakang isteri, peluk dan cium.. sure isteri tersenyum, kan?
4. Ketika berjalan-jalan, dalam kereta, pegang erat tangan isteri.. supaya isteri berasa disayangi dan dilindungi.
5. Gurau senda laah selalu dengan pasangan.. itu yang akan mengeratkan hubungan.. Sekali sekala maen geletek/cubit2 apa salahnya...hehe
6. Sentiasalah ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri.. perempuan nih kadang-kadang memang pelupa.. kene sentiasa diingatkan..tak luak pon air liur uh... =p
7. Walaupon suami tak pandai masak, sekali sekala, try laa masak nasi, goreng telur dan sardin pon cukup..tak reti masak jugak? bukak je internet, sure banyak video cara memasak.. *di mana ada kemahuan , di situ ada jalan..
8. Rajin rajinkan sedekah senyuman pada isteri/.. Kalau time bercinta bole angau walaupon nampak atap bumbung isteri, kenapa da kawen, xley kan?... xkena bayar pon.. mana tau, dengan sentiasa senyum, dapat hadiah malam kang...hahahah
9. Sekali sekala, puji laa isteri.. xkira puji baju ke, tudung ke, rambut ke, masakan ke.. sure berbunga-bunga hati isteri.. Jangan asyik nak puji model-model dan artis artis je... puji laa yang halal di depan mata tu..
10. Whatsapp ada, Line ada, wechat ada..semua free... xde salah pon kalau sentiasa bertanya khabar.. aku dan suami yang kerja satu opis dan duduk berdepan pon kadang2 masih whatsapp & Lync sesama sendiri.. bukan borak panjang pon.. just tanya, banyak kerja?, rindu anak, malam nak makan apa?lunch nak makan ape?..eheehehhe
Subscribe to:
Posts (Atom)
