Pages


Showing posts with label FB. Show all posts
Showing posts with label FB. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Saya Nak!

Sekarang nih, melambak2 iklan dalam FB..

" Anda mahu kurus? comment "saya nak""

"Anda mahu kulit putih gebu berseri bak tepung gomak? comment "saya nak""

"Hubungan intim tidak lagi basah mesra? komen saya nak!"

"Anak kurang makan?"

"Inginkan payudara tegang?"

"Inginkan kemaluan anda rapat?"

Aku naik menyampah tahap aku malas bukak Fb da sekarang..sangat banyak lambakan lambakan produk online.produk yang bagi aku sangat mengarut.. bagi kulit putih laa, kuruslaa, gebula, teganglaa..

Benda pertama yang aku pikir, kalau effectnya sangat cepat, pembeli nih tak ragu2 ke dengan bahan bahan yang terkandung dalam uh? Bagi aku, kalau mmg kulit uh sawo matang, xberapa nak putih, xyahlaa nak amek produk bukan2.. mak bapak sawo matang, tetiba kau putih cam tepung gomak..kan pelik amek gambar keluarga di hari raya?..

Tak pon, bila kau kawen, dapat anak, anak kau ikut kulit asal kau..dah kau nak kene sumbat anak kau pakai produk pemutih..bagi aku, semua nih mengarut.. Tahi lembu punya idea..sangat mengarut..
nak kulit berseri? Kau amek je air semayang, baca selawat..cukup..noktah..

Kalau nak kurus, diet..bukan amek ntah pape suplement utk diet..pastu buat kau saket perut, xmakan..tak paham aku..kalau nak kurus, bersenam..amek diet seimbang..lebihkan sayur, kurangkan karbohidrat..minum madu+cuka epal/lemon...mudah..murah...cepat..tak pon, amek julap..senang..

hal-hal laen, malas aku nak komen..

Berlagak

"harini my hubby bagi hadiah tepon samsung s7, thank u sayang..muah muah muah "

"Gembiranya hati bila dapat hadiah anniversary nih.. *bubuh gambar kunci kereta* "

"Inilah rumah saya..suami saya hadiahkan.."

"Terima kasih kat hubby saya sebab sudi bagi saya berbelas ribu untuk melangsaikan hutang pelajaran.. i love u lah "

"hubby i suruh i makan itu, makan ini, buat itu, buat ini, untuk bagi anak dia yang i kandungkan ni, lagi pandai dari dia.. camne nak bagi lagi pandai, sedangkan dulu dia dapat 4.0..ada yang lagi hebat ke?"

"Harini suami saya bagi tomei..tomei kan? * bubuh gambar gelang, rantai semua*"

Pernah korang jumpa ayat2 macam ni dalam FB? kat FB aku, agak ramai sebenarnya..ape motif pon tak tau.. aku, sebagai insan ke-3 yang melihat, rasa meluat..kenapaa perlu nak berlagak? bila org komen, 'waaa..untungnya'..dia jawab 'jgn jeles'.. mungkin niat dia hepi sangat dpt hadiah..tpi, bagi aku, niat just nak menunjuk sebab berbangga.. Aku ada je ramai kawan2 yang husband bagi macam2.. barang kemas, duit, kereta, hp..tapi xdelaa semua benda nak post kat FB..

Sebab bagi aku, FB tuh tempat public..kau nak announce kat semua org.. Cukuplah kau ngan suami je yang tau.. Kalaulah laki kau kene rompak, mmg aku rasa, yang salahnya adalah kau sendiri..

Bagi aku, cukuplaa dengan bersederhana..tak payah nak bitau semua org, laki kau kaya..jgnlah niat nak berlagak dengan rakan sekerja kau yang mungkin kurang mampu.. perbuatan tuh menambah buruk lagi nama kau sebenarnya..secara tak langsung, suami kau pon kene tempias..

Lagi satu dengan skim MLM..bergambar dengan kereta mewah "PINJAM"..dengan duit berkepuk-kepuk..gambar terjelir lidah dengan duit..bangga sangat dengan aset MLM..haih..
sungguh aku tak paham..

Tak cukup dengan uh, ada pulak yang post gambar muka sedekat2nya, sebesar2nya, dengan menggunakan effect hp yang canggih manggih nih spy muka nampak putih berseri..sedangkan bukan org luar yang pernah jumpa kau uh tatau camne tebal kau pakai bedak.. bila panas sikit je, mulalaa nak mencari tisu lap peluh..

Sungguh...aku tak paham..