Pages


Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

Ikan pekasam

Korang suka tak makan ikan pekasam?
Aku memula dulu tak makan langsung ikan tuh..huhu..
Sebab bau macam masam je kan..macam da basi..hehe.
Tpi, sejak tengok org jual ikan pekasam dekat Bazaar Gombak tahun lepas, macam teringin je..
Sebab tengok cili dan bawang yang sangat banyak..atas ikan yang garing..
hehe.. So, semalam untuk berbuka, aku masak ikan pekasam..
Aku goreng 3ekor..Bagi kak ila seekor.. Sehari sebelum tuh, mmg dia bagi ikan patin masak tempoyak.. Perghhh..Kalau dapat ikan patin tempoyak mak kak ila masak, mmg terbaekk..
Itu masakan ikan patin masak tempoyak yang paling sedap pernah aku makan..huhu..
Mungkin sebab tempoyak dia tak banyak sangat..then sangat pedas.hehe.
Makanya, lauk aku berbuka dan bersahur semalam adalah ikan patin tempoyak, sayur campur, ikan pekasam, dan telur goreng mata..
Sampai pagi nih kalau teringat ikan pekasam tuh, macam terliur je..
Harinih aku nak masak ikan pekasam lagi laa..
Nak masak lauk ikan merah msak lemak cili api..makan ngan ikan pekasam..dan timun..pergh..terangkat punya..hehe...masak lebih sikit untuk sahur..
Untuk saper tak pernah tgk ikan pekasam, camnilah rupenya(kat bawah)...
Ikan nih dapat dari adik aku yang kerja Fama.. Dari Kedah, xsilap aku..hehe..

Cara masak, senang je..
Goreng terus ikan tuh sampai garing..jangan basuh pulak..
Pastu dengan guna minyak yang sama, goreng bawang dan cili..
pastu, tabur atas ikan..bubuh sikit limau..nyummmmms~

2ekor ikan lampan pekasam untuk aku, ibu dan ayah.. sedap..

Buah buahan selepas berbuka

Seekor ikan lampan pekasam untuk kak ila.. =) Tq kak ila..

Thursday, 18 July 2013

Bubur bayi 10bulan

Syahmi baru je masuk 10bulan pada 14 Julai arituh..Tapi, awal2 uh sangat susah untuk bagi dia makan bubur.. Macam- macam perencah aku bubuh.. macam2 jenis bubur aku hasilkan.. Kalau korang nak idea, bolehlaa try menggayakan bubur dengan cara-cara di bawah:-

1) Lobak+greenpeas
2) Greenpeas+jagung
3) Kentang
4) Labu
5) celery + sup ikan ( just rebus ikan bersama bawang putih, bawang merah, daun salam, pastu blender)
6) sup ayam kampung(kaki ayam+isi ayam rebus bersama bawang merah, bawang putih, celery, pastuh blender)
7) block cheese + sup ayam kampung + mixed vege (beli jenama watties..mmg sedap..manis je)
8) nasi himpit + cheese + sup ikan
9) Keledek
Itu je kot bubur yang Syahmi nak makan..aku campur je dengan nasi bubur..tapi dia paling suka bubur dengan kentang/keledek..mmg fav...kalau lenyek nasi dengan kentang pon dia makan..
Bagi keledek / Labu uh kene observe gak sebab Syahmi kembung perut makan keledek byk sangat..ikot perngai ayah..suka makan, tapi badan tak tahan..


Camne Syahmi nak suap nih..Syahmi nak bagi ibu makan..

Alamak..last-last seluar Syahmi yang makan

Ibu, Syahmi da tumpahkan semua..macammana nih?
 

Ibu, nak lagi semangkuk bubur bole?yang tadi dah habis jatuh kat seluar Syahmi

 


 
 

Thursday, 4 July 2013

spageti goreng

Korang suka tak spageti goreng?penah dengar x?heh..kalau nak tau, makanan favourite suami aku adalah spageti goreng nih..

Bahan Spageti :

1.Spageti sebungkus ( Aku guna brand Barilla, sebab tekstur dia kenyal eventhough kau overcooked. Dia takkan lembik dan kembang dan melekat macam Remo tuh.)
2.Olive Oil sesudu

- Spageti nih korang rebus dulu.. Lepas masuk dalam periuk, rebus baru start masak bahan utk menggoreng.bubuh sesudu olive oil. Pastian spageti terendam sepenuhnya.

Bahan Kuah
1) Bawang Kuning yang besar uh dlm sebijik. Potong dadu.
2)Bawang merah (hiris nipis)
3)Bawang putih (potong dadu)
4) Tomato (potong dadu)
5) Cili api / Cili blender / cili giling
6) Tomato puree prego yang traditional
7) Sayur (cendawan / brokoli /cili benggala )
8) Sos cili
9)Telur
10) kicap
11) Ayam / Sotong / Udang / Daging / Daging kisar / Hotdog (bergantung apa yang ada dlm dapur)

-Korang masukkan minyak, tumis bawang2, cili api dengan no 11 uh sampai naek bau dan masak.
-Lepas tuh, masukkan tomato puree, sos cili, sayur, kicap sket.Then kacau sampai agak2 sebati rasanya.
-Bila da sebati, masukkan dlm 2-3 biji telur, kacau dengan kuah uh..kuah akan jadik likat.
- Time nih, spageti uh da siap masak da. So, korang tapis spageti uh, masukkan dalam kuali, kacau hingga sebati..Barilla nih xputus kalau korang kacau ganas2 pon..haha..
-Spageti pon da siap..kalau suka cheese, campak je atas spageti uh..

p/s : kalau guna hotdog, aku prefer goreng dulu hotdog uh..potong nipis, dlm 1cm tebalnya, pastu goreng dengan minyak. korang goreng sampai garing, campur ngan lada sulah, perasa megi ngan black pepper+italian spice. Baru mengancam.So, nanti campur je hotdog uh bila da siap masak.

Gambar kat bawah nih spageti aku masak mlm tadi.. Aku masak lebey sikit sbb nak tapau gi opis..Suami aku asek teringin je..lama tak masak spageti..asek masak nasi je katanya..sedangkan baru last week aku masak spageti nih..haih..

Selamat mencuba~


Wednesday, 13 April 2011

Western Dish

Semalam (12 April 2011), hati terasa gatal lak nak makan western..
So, balik kerja, belilaah barang2 untuk buat benda tuh..habis rm50 gak untuk wat tuh..yang mahal, sebab nak buat sos perap ngan sos blackpepper je..
Kat bawah nih ada resipi2 nye..

Bahan Ayam Panggang


  1. Isi Ayam
  2. Black pepper yang telah ditumbuk
  3. Adik Beradik Jintan
  4. Sos Tiram
  5. Sos Lea&Perrins
  6. Cili Giling Sikit
  7. Madu
  8. Sos Cili
  9. Garam
  10. Lada Sulah
  11. Aluminium Foil

A)     Gaulkan ayam bersama2 semua bahan2 perasa di atas dan perapkan di dalam aluminium foil..(Cucuk2 ayam ngan garfu kalau nak perasa masuk lagi pantas.). Biarkan sekurang2 2jam sebelum masak kalau nak rasa masuk dalam ayam.
B)     Letakkan ayam(yang dibungkus dengan aluminium foil di atas kuali leper/kuali beger/tempat pemanggang dan panggang sehingga masak.


Bahan Coleslow

  1. Kobis
  2. Lobak
  3. Mayonis
  4. Thousand Island

A)     Hiris – hiris kobis dan lobak nipis2.
B)     Rendam dalam air garam dan masukkan dalam peti ais kejap untuk kekalkan kerangupan.
C)     15 minit sebelum hiding,tos kobis tadi, dan gaul bersama thousand island dan mayonis secukup rasa.
D)     Hidangkan

Bahan Kentang Bakar

1.      Kentang
2.      Basil leaves
3.      Parsley leaves

A)     Rebus kentang di dalam air garam dan campurkan Basil leaves & Parsley Leaves.
B)     Setelah kentang empuk, toskan, dan sejukkan.
C)     Potong kentang dalam 3cm lebar dan masukkan dalam aluminium foil.
D)     Kemudian, panggang di atas kuali leper macam ayam tadi sehingga masak.

 Bahan Sos Black pepper.

  1. Bawang Merah -cincang
  2. Bawang Putih -cincang
  3. Cendawan Butang – potong dadu kecil2
  4. Lada Hitam yang ditumbuk
  5. Sos segera lada hitam
  6. Sos tiram
  7. Sos Cili
  8. Sos Tomato
  9. Sos Lea & Perrins
  10. Kicap Cair
  11. Kicap manis
  12. Kicap pekat
  13. Air
  14. Mentega
  15. Tepung gandum

A)     Cairkan mentega bersama tepung gandum dan kacau sehingga pekat.
B)     Sejukkan Di tepi seketika.
C)     Ambil kuali berasingan, dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naek bau.
D)     Masukkan Semua sos dan kicap dan kacau sebati.
E)      Kemudian, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi..Kalau nak pedas, bubuh lagi byk,
F)      Kemudian campurkan sedikit air dan mentega bersama tepung tadi untuk melikatkan kuah.
G)     Masukkan cendawan butang dan gaul sehingga masak.
H)     Hidang bersama ayam panggang tadi

.
.
.
.
.
. Inilah hasilnya..tadaaaaa

Set nih aku buat bagi dekat Kak Ila..Seketul ayam dah hilang dari gambar..hehe..n ada tambahan garlic bread (buat sendiri) dan mushroom soup campbells.

Gambar-gambar ayam yang sedang dipanggang
Kentang yang direbus
 Set yang dihantar ke rumah Anan & Keju ( housemate anan) tak sempat nak upload..cepat sangat derang makan..huhu..apa-apa pon, sedap..sampai Keju suh hantar lagi esok..hehe..

Menu harini (13 April 2011);-
1. Puding Jagung
2. Bihun Goreng
3.Aiskrim goreng kalau jadik =P