Pages


Showing posts with label berhenti. Show all posts
Showing posts with label berhenti. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Langkah langkah menjadi surirumah

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah..

Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa :

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia y akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad kredit y ada

4. Cancel semua kad kredit

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping.. No more online shopping beli barang mengarut2 dan xperlu..

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika xpandai masak.. takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan..

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah.. Percaya lah... 24jam akan terisi dengan kerenah anak2..

11. Bersedia dengan suara2 sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jd surirumah.. tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan derang yang tanggung pon..jadi, abaikan...

12. Jangan lupa kawan2... Nanti sunyi pulak xde org nak bercerita hal2 dewasa... Asek cerita Boboiboy,upin ipin ngan pororo je..hehe..

Persediaan bagi suami

1. Suami kena bersedia dari segi kewangan... Tak perlu mewah.. cukup makan,pakai,insurance,tempat tinggal,setel..

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah.. sekali sekala bawakla isteri berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24jam sehari.. takdela dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin...rezeki datang dari Allah..bukan dari manusia..

4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah..

InsyaAllah...
Semuanya akan berjalan dengan lancar..
Pastikan niat betul...

Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat.. tak lagi sakit..Alhamdullillah sejak berhenti,xpernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital... Anak pon makin happy.. kita pon happy dapat tengok anak membesar depan mata.. rezeki, alhamdullillah xpernah putus lagi.. suami faham..keluarga faham..
Bagi yang masih ragu2, bincang elok2,buat solat hajat, solat istikarah,mintak panduan..
Kadang2 bila buat kira2 Mcm xcukup je duit..tp setiap bulan, cukup je duit..semua tu rezeki..:)

Sekian...

Tuesday, 15 April 2014

Kerjaya vs surirumah sepenuh masa vs bekerja dari rumah

Satu keputusan yang agak major dalam hidup aku..
Aku putuskan nak jadi surirumah sepenuh masa buat sementara waktu..

Sekarang, menghitung hari sebelum memulakan hidup baru.
Mungkin tiada lagi kebebasan dalam berbelanja..
Tapi hati dah tak sabar nak duduk rumah bersama Syahmi..
nak start modul homeschool untuk dia..

Bagi aku, menjadi surirumah sepenuh masa ni mmg cita-cita dari dulu..
Aku nak duduk rumah, jaga rumah, jaga anak..
Pagi, nak masak untuk suami ngan anak2..
Petang bila suami balik, semua da tersedia..
Rumah pon sentiasa kemas..

Beberapa bulan pertama mungkin adalah masa yang paling sukar.
Sebab aku masih ada tanggungan kereta, insurans aku, insurans ibu, insurans syahmi..
Tapi, insyaAllah, aku bercadang nak bukak bisnes sendiri..
Bisnes ape, tak dipastikan lagi..
Tapi insyaAllah..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Rugi tak bila tak jadi engineer?
Mungkin org luar akan kata, rugi belajar tinggi2, last2 jadi surirumah..
Tapi bagi aku, dapat didik anak kat rumah lagi bermakna..
Ini pengorbanan yang paling besar rasanya..
Dan aku berterima kasih kat suami sebab sentiasa menyokong.
Dia pon dah tak sanggup kot asek tgk aku tensen je memanjang.

Aku just mengharap ada rezeki laen untuk keluarga kami.
Rezeki di bumi Allah ni besar.
Bukan setakat jadi engineer je..
Mana lah tau bila kerja sendiri, pulangannya lagi besar.

Bagi yang masih nak decide untuk berhenti kerja atau tak,
ikotlah naluri..kata hati..
Percaya dan yakin dengan rezeki Allah..
Tak perlu jadi kaya..
Sebab duit takkan pernah cukup..
Asalkan satu keluarga hidup bahagia pon da ok..

InsyaAllah..Semoga segala usaha dipermudahkan...