Pages


Tuesday, 15 April 2014

Kerjaya vs surirumah sepenuh masa vs bekerja dari rumah

Satu keputusan yang agak major dalam hidup aku..
Aku putuskan nak jadi surirumah sepenuh masa buat sementara waktu..

Sekarang, menghitung hari sebelum memulakan hidup baru.
Mungkin tiada lagi kebebasan dalam berbelanja..
Tapi hati dah tak sabar nak duduk rumah bersama Syahmi..
nak start modul homeschool untuk dia..

Bagi aku, menjadi surirumah sepenuh masa ni mmg cita-cita dari dulu..
Aku nak duduk rumah, jaga rumah, jaga anak..
Pagi, nak masak untuk suami ngan anak2..
Petang bila suami balik, semua da tersedia..
Rumah pon sentiasa kemas..

Beberapa bulan pertama mungkin adalah masa yang paling sukar.
Sebab aku masih ada tanggungan kereta, insurans aku, insurans ibu, insurans syahmi..
Tapi, insyaAllah, aku bercadang nak bukak bisnes sendiri..
Bisnes ape, tak dipastikan lagi..
Tapi insyaAllah..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Rugi tak bila tak jadi engineer?
Mungkin org luar akan kata, rugi belajar tinggi2, last2 jadi surirumah..
Tapi bagi aku, dapat didik anak kat rumah lagi bermakna..
Ini pengorbanan yang paling besar rasanya..
Dan aku berterima kasih kat suami sebab sentiasa menyokong.
Dia pon dah tak sanggup kot asek tgk aku tensen je memanjang.

Aku just mengharap ada rezeki laen untuk keluarga kami.
Rezeki di bumi Allah ni besar.
Bukan setakat jadi engineer je..
Mana lah tau bila kerja sendiri, pulangannya lagi besar.

Bagi yang masih nak decide untuk berhenti kerja atau tak,
ikotlah naluri..kata hati..
Percaya dan yakin dengan rezeki Allah..
Tak perlu jadi kaya..
Sebab duit takkan pernah cukup..
Asalkan satu keluarga hidup bahagia pon da ok..

InsyaAllah..Semoga segala usaha dipermudahkan...