Pages


Wednesday, 31 July 2013

Ashraf , Dayana dan Sakinah


Baru baru nih kecoh satu Malaysia pasal Ashraf Muslim + Dayana + Sakinah..
Berbagai tohmahan dan kutukan dilemparkan…
Tidak kurang juga dengan simpati dan hasutan untuk bercerai…
Pelik.. Pelik… Pelik… 

Aku rasa benda nih adalah peribadi..
Cuma,bila Ashraf nih seorang selebriti, jadilah kecoh satu Malaysia..
Tambahan pulak dengan puisi kononnya dari Dayana..
Dayana tak pernah pon tulis puisi tuh..
Rakyat Malaysia jangan emosi lebih…  

Isu poligami, cerai berai nih memang da jadi isu biasa di kalangan rakyat Malaysia..
Tambahan pulak di kalangan artis nih…
Korang cakap camne pon, derang tetap dah kawen..
Instead of bermaki makian, wat tambah dosa je, baik kita mendoakan yang baik..
Doakan supaya Ashraf berlaku adil…  

Bagi aku sendiri, nak berpoligami nih bukannya mudah ye kawan2..
Baik bagi pihak isteri-isteri, suami mahupun anak-anak…
Isteri kene redha.. suami kene adil… Anak-anak kene bersabar…
Prevention is better than cure..
Pernah dengar tak?..
Actually, kita boleh je apply benda tuh dalam hidup berumah tangga..
Kalau takut suami terpikat dengan perempuan lain, kita pikatlah hati suami dulu
Jaga makan minum dia, senangkan hati dia, layankan nafsu dia, fahami keadaan dia..
Kalau semua isteri dapat berikan, InsyaAllah, tak terniat suami nak mencari lain.. 

Tapi, untuk aku sebagai isteri dan seorang ibu, mungkin kita tak mampu nak buat semua..
Tak mampu nak berikan 100% pada suami.. mana nak kejar dengan kerja, rumah, anak lagi kan..
Di situlah, peranan suami mithali diperlukan…
Berkongsilah tanggungjawab.. Tolong mana yang patut..
Walaupon tugas isteri untuk melayan suami, suami tak bolehla nak demand 100% perhatian..
Suami kene faham betapa beratnya tugas isteri, especially yang bekerja..
Kalau isteri balik bekerja penat2, nak masak, tolonglah jaga anak dulu, kemas dulu rumah..
Jangan amalkan sikap- aku suami, jadi aku boss..
Isteri bukan orang gaji ye, kawan-kawan…  

Kita sebagai isteri, memang kene hormati suami melainkan suami buat sesuatu di luar batasan agama…
Janganlah bila balik kerja, dah penat2, mulut asek nak membebel je tak henti..
Memanglah suami angkat kaki kalau camtuh..
Layanlah suami dengan ikhlas.. Ingat, segala yang kita buat untuk suami tuh, dapat pahala..
Janganlah anggap diri kita seorang isteri nih macam kuli..
Kalau tak larat, cakap elok-elok dengan suami…
Kalau cakap manja2 dengan suami, takkan suami nak tolak kan?
Janganlah cakap dengan suami macam gangster je..
Nak suruh suami gi kedai, kene menjerit dari dapur..
Satu taman dengar suara awak…
Mesti suami pon malas nak tolong…  

Bagi aku yang memang kuat cemburu nih, tak tahulah macam mana kalau aku di tempat Dayana..
Harapnya, nafsu suami aku tak seliar AM..
Sebab aku tak yakin aku boleh jadi tabah…
Huhu..Tapi aku sentiasa doakan jodoh kami berkekalan…
Dijauhkan dari musibah2 dan godaan-godaan syaitoonnn bertopengkan manusia nih.. 

Dalam isu Ashraf Muslim, dia pon manusia..
Seorang lelaki yang bernafsu… Mungkin Dayana dah bagi sepenuhnya, tapi bagi AM semua tuh masih tidak cukup..Daripada dia melakukan maksiat sementara mendapat persetujuan mahkamah, dia pon bernikahlah di Thailand..
Tiada isu kahwin lari sebab tengok dalam gambar, diorang duduk masa akad tuh..
Pergi Thailand pon naek flight..hehe..
So, kita orang luar nih, janganlah tambahkan lagi minyak pada api yang tengah menyala..
Janganlah buruk-burukkan AM sangat bagi pihak Dayana..
Sebab AM masih lagi suami dia yang sah…
Kalau aku pon, orang kutuk suami aku, mesti aku pon rasa nak marah…
Mungkin cara AM tuh salah… Bernikah di Thailand.. Tapi dia pon manusia…
Semoga Dayana tabah.. Semoga Ashraf adil.. Semoga Sakinah bersabar..

Saya pandai berdiri!

 
Syahmi sangat suka berdiri sambil pegang kerusi..
 
Dia akan tepuk2 kerusi tuh.. Untuk keselamatan, aku bubuh toto kat belakang dia..takut jatuh ke belakang sebab tak stabil lagi berdirinya..

 
 
 
Ibu, tengoklah Syahmi

Erkk..Nak terjatuh pulak

hehe..tipu je laa ibu..

Alaaa..Ibu cuak ke?

Okay..okay..Syahmi tak tipu lagi..

Alaaa....sorilaaa ibu...

Trip to KK

HOTEL
I have went to KK for meeting with customers on 29th July..
Stayed in Promenade Hotel for 1 night due to unavailibility of flight back to KL.
At first, our admin tried to booked through phone, but i was informed that the room was fully booked.
So, I have booked and paid through their website.
And it is a lot cheaper.
I've only pay RM200 per night together with Sahur.
It was a pleasent stay.
The room, bathroom are nice and clean...
I've got 1 king size bed..
And it was too big for me..
So, i've put Syahmi's clothes just beside me to accompany me...

IFTAR
Before that, we had iftar at le Meridien hotel.
I would say the only food that is delicious to me was their Grilled Lamb..
Ate a few pieces of lamb, 4pieces of cakes, 1 ice cream.. that's all..
It have a lot more varieties of food such as sushi, sate, ketupat, rendang, nasi tomato, noddles, but i did not have the appetite to eat all that..
Maybe because the rest of my tablemates only ate a little.
I was the last to finish..
hahahhaha... Suddenly, I crave for iftar at One world hotel..sedapnye....
 


free bubur ayam distributed at customer's office..

My companion through the night.. The smell of minyak telon and moogoo

View from my seat in the plane..

Malaysia Airlines

MAS..
The so-called Malaysian Hospitality...
Before this, I have no problem with MAS services..
In fact, in the previous post, I was very satisfied with the level of service.
Until recently..
This month, I have to make daily trip to Miri twice and 2days trip to KK..
Second trip from Miri to KL was delayed for an hour..
And yesterday, my trip from KK-KL delayed for almost 3hours ++..
My flight was supposed to depart on 11.45..
So, I've reached KKIA at around 9.45am...
After I've went though the customs&imigration, I've noticed that the flight was delayed to 2.15pm!!
So, I've waited at the airport doing nothing!
Luckily I brought my novel..
At around 1.30pm, the flight was delayed again until 3.00pm!.
I was sooooo pissed off at that time..
Then again at 2.45, the flight was delayed again until 3.15..
And it departs from KKIA at 3.30...
i could not even smile...
I've wasted sooo much time at the airport doing nothing...

I hope they could improved their service.
if there is any delay, please inform your passenger earlier..
Thanks.

Monday, 29 July 2013

Mengantuk..

Tidur kul1.30,bangun kul4...
Sangat mengantuk...
I need my precious sleep...isk..
Arini ke kota kinabalu..tp xrasa hepi...
Sebab anan xde...then kene tinggal syahmi..
Sedeynya...pagi tadi pon dah peluk2 before aku g..
Siap tarik2 tudung tadi...syahmi..syahmi...
Sebab takut rindu teramat sangat,aku bawak baju y dia da pakai semalam..huhu..
I'm gonna miss u,syg...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 27 July 2013

iftar

Ramai berbuka di hotel..

Hotel itu...hotel ini...

Restaurant itu...restaurant  ini...

Kedai itu.... Kedai ini....

Dengan family.... Rakan sekerja.... Saudara mara....

Aku?...

Berseorangan bertemankan si kecik....

Sedih....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 26 July 2013

Perigi cari timba

Harini tiba tiba nak bercerita tentang zaman cinta aku dulu2..
Aku dengan anan nih umpama perigi cari timba..
dan bercintanya kitorang nih, maybe disebabkan jodoh..
percayalah bahawa Anan adalah love at first sight aku..
dan aku yang propose mintak couple dulu..

Time tuh, dia tengah usya awek laen..dari TKC (sampai sekarang aku tak suka dengar)..
Tapi dia terima jugak..dan akan lihat camne hati budi masing2..
aku mula mula tertarik kat dia, mmg tak tahu kenapa..
First time tengok dia, bersandar tepi tiang tunggu aku + kawan dia dating.. (aku berkawan ngan kawan dia dulu, yang mana lepas uh, kawan dia uh playboyer gak..*dululaa..skang xplayboyer da..*)
time tuh, terus cam ada anak panah masuk jantung..chewah..
Tapi mmg tertarik since then.. Susah nak explain..

So, 26 June 2003, aku clash ngan kawan dia uh sebab kawan dia uh da ada gf laen pon sebenarnye.. aku je kene tipu..tapi, xdelah rasa sedih sangat pon...sebab dalam hati aku, mmg suka kat suami aku..
So, aku ajak suami aku couple..aku cakap aku suka dia..haaa...berani tak?
kawan dia pon dok yakinkan dia yang aku mmg suka kat dia..hahah..it's a bit complicated..
so, startlah kami berkawan.. berdating..berutus surat..

19 Julai 2003, Kami couple secara officialnya.. dekat LRT wangsa maju.. Kitorang beli couple ring dari Mimosa..siap engraved nama lagi..ntah mana tah cincin aku uh skang..cincin anan da hilang dengan ajaibnya time tidur dalam bas masa kat UMS..

Percintaan diteruskan ke menara gading dan ke alam pekerjaan...

5 Disember 2010 : Kami ikat tali pertunangan setelah 7 tahun bercinta...

26 November 2011 : kami bernikah..

19 Julai 2013 : 10 years anniversary.. None of us are aware of the date.. But we accidently watch movie together.. (kira dating laa nih katanye..0

so, it's been 10years.. 10 long years.. Tipu kalau aku kata takde up and down..
Gaduh gaduh uh memang biasa.. Time da kawen pon, ada je kadang kadang gaduh..
Tapi takdelah extreme sangat..

We broke off 2times kot.. at first,2005 kot.. aku yang tersasar..merasa tak dicintai.. tak disayangi..6bulan gak jadi "kawan"..I was happy with my life and so do him.. he started making frens with other girls.. girls that i hate until now... but i did something even worst..  and both our pointers drop gila-gila.. At that time baru aku sedar, yang aku perlukan dia.. dan aku tak boleh hidup tanpa dia..Takde orang macam dia..

Second time, bila dah kerja.. 2009 rasanya.. its really a bad year for me.. and I blame 1 person for that.. Tepuk sebelah tangan, tak berbunyi, kan?..Plus, dengan perangai aku time tuh yang kuat cemburu and lack of self motivation.. However, we manage to mend our relationship at the perfect time.. I almost give up..after too much tears and apology ... and want to start fresh.. with someone I used to know.. Nearly met that guy.. Alhamdullillah, aku tak pergi jumpa lelaki tuh..dan dia tak pergi jumpa perempuan tuh.. he bought the tix to Uk..which is Damn expensive at that time..But, for that girl, dia sanggup.. which is one of the reason I lose hope..

Both are tragedy... and aku harap, lepas dah kahwin nih, takkan ada lagi macam tuh..

So, apa pon jadi, ketentuan Allah... Jodoh kami masih kuat..dan semakin kuat..
Cinta sebagai suami isteri lagi bermakna..
Dan cinta aku untuk dia harapnya kekal hingga akhir hayat..

09***8888

09***8888 calling..

hati berdebar..
Mungkinkah? Betul ke nih? isk..
Bibir mula tersenyum..
Dengan Pantas slide accept..

"helo"..

"helo syg..
Buat ape? Busy ke?
Trial baru start arini..
Baru dapat inject chemical..
Nampaknya stabil.."

"Takdelah busy sangat..
Baru je habis kerja..
Tengah lepak2...
Oh..Kita gi Miri aritu..
Balik hari je...
nasib baek Syahmi okay..."

"Okay..bagoslah...
Hmm...Kita da penat..
Rasa nak cuti...
dah tak larat nak kerja...
Minggu depan, masuk opis sehari, then nak cuti"

"Cutilah.. awak asek busy je..kesian tgk awak..
Kita gi KK Minggu depan..
Kene tidur semalam.. xpe ke?..
Syahmi tinggal dengan ibu dan ayah..
Awak balik bila?"

"Okay..elok elok nanti...
Testing mungkin dalam 2 hari, paling cepat, boleh balik hari rabu...
Lepas inject tadi, air terus clear...
Macam air mineral je.."

"Oh..bagoslah..ada jin tolong bersihkan air tuh..hehe
kita jumpa Soo Kiet aritu...
Dia kata minyak kat sana banyak Pasir.."

blablablablablabalba

"kat sini, lepas sahur, sembahyang, terus ada meeting..
Lepas tuh terus kene buat kerja..
Hari-hari tengok gambar awak dengan syahmi.."

*sedih*"yeke?..alaaa..sabar eh?..tak lama je lagi.
Nanti bole balik...
Esok kita ingat  nak gi Jalan Tar..cari baju Syahmi..bole?"

"Awak ada duit tak? ..
elok-elok jalan uh.. jaga diri...
Rindu Syahmi...
Rindu budak Comel tuh.."

"Kita ke?..hehe"

''hehehe..yelaa..rindu awak jugak..
Okaylah.. Jaga diri...
Nanti kita call lagi kalau dapat...
Sayang awak..."

"Ok.. awak pon jaga diri..
Elok-elok..Jangan lupa sahur..
Sayang awak gak"

.............................................
*air mata menitis*..rindunya..... =(

Pavilion

Ok.. I just got back from my 'lunch' tour in Pavilion.. The purpose of going into the so-called heaven for shoppers was to find Moogoo nappy balm for Syahmi.. Since Moogoo only available in Caring Pharmacy..

Nevertheless, for the sake of wasting my golden time, I went to Parkson to have a look at the so called MEGA RAYA SALE.. My husband and I had bought few things from Parkson in Pavi before.. however, I dont remember it to be sooooo expensive..

At first, I think I might just buy a few shirts for Syahmi.. But, looking at the price tag, it is soooo not worth it... You guys who shops in Pavi seriously have money.. But, I found it ridiculous.. I dont even like the material of the shirts, not to mention the eye-catcher-candy colour.. and the price was like Rm100++ for round neck shirt.. Gila!..

I would rather buy Osh Kosh in Sogo compared to Osh Kosh in Pavilion.. Same brand, but with cheaper price.. it's just crazy..

And, it does not end there... When I step into Women Department, my heart just said, this is it.. I'd better step out and shops at Parkson Subang parade / Parkson Setia City Mall.. Pavilion is too cekik-darah.. If you have a lots of money to spend, then go ahead... But, if you earn cukup-cukup makan like me, there is no need for you to waste your precious money there..

Or better yet, just spend your money to charity/sedekah..

enuff said..

terima kasih

Mula mula dulu, kadar org baca blog aku nih , hanya dalam range 0-4 je setiap hari..
Sekarang nih, makin bertambah hingga 100++.. Siapa pun anda, terima kasih..
Kalau ada ilmu, bolehlaa kongsikan...
Kalau terasa, janganlah mara pulak ye..

nuzul Quran

Jelesnyaaaa orang yang kerja kat Selangor... macam adik aku tuh.. Aku kuar gi keje, dia masih boleh sambung tidor..dengan cuaca yang sangat best untuk berada di bawah selimut nih..haih.. Sabar Wani, Sabar..

Selalunya, kalau cuti camni, KL especially Sogo, jalan TAR sangat sesak dengan orang yang nak shopping.. Korang nih apelaa sambut Nuzul Quran dengan bershopping.. Bacalaa Quran uh.. Dapat yassin 3 kali pon, ok ape.. (OK.aku jeles)

Aku sebenarnya mmg nak ke Jalan TAR tadi.. Nak gi BAK.. Cari baju melayu Syahmi yang sedondon ngan kami..tapi, hari hujan yang sangat lebat..teruslah tak jadi.. kejap lagi nak keluar, pusing Pavilion, cari moogoo nappy rash syahmi dengan baju2 kalau ada ang ok kat parkson uh...

Minggu depan dah kene g KK pulak..so, arini jela nak cari ubat dia.. walaupon mahal, redah jelaa.. bila tak cukup duit, terpaksa SOS dekat Anan..huhu.. Naseb baek dapat suami tak kedekut.. TQ awak!..

Oklaa..nak memulakan perjalanan ke Pavilion.. bye

Raya

Introduction.
Harini hari ke 17 puasa.. Hari Jumaat.. Nuzul Quran.. Jalan Jem sebab Selangor cuti.. Jalan TAR sesak.. Walaupon aku kerja kat Bangunan Std Chartered, aku juga kene tempias bila jem tuh.. isk..
Suami offshore.. Tak tahu bila balik.. Baju raya tak beli lagi.. Baek baju aku, suami ataupon Syahmi..
Kuih raya pon baru tempah..itupon kat pengasuh Syahmi.. dengan niat nak membantu ekonomi keluarga dia..

Perasaan
Sedih.. Murung.. Takde mood.. Takde langsung perasaan nak beraya.. Tengok orglaen sibuk beli baju raya 7, 8 pasang.. ngan kasut raya..beg raya..amboiii.. meriah raya kamu kamu semua ye?.. Bagi aku, nak kata sedih sbb takde baju raya, xdelaa sangat.. mungkin terkilan sikit sebab tengok orang pakai baju baru.. Baju kurung aku ada 8 pasang kot yang tak berjahit.. beli dari jakarta, bandung, vietnam, kelantan.. tapi tak gi hantar jahit lagi..malas betol.. sebab aku bukan jenis pakai baju kurung sangat pon.. da beberapa tahun, aku pakai jubah..itupon untuk beberapa jam.. sebab xde meriah sangat pon raya aku nih.. tahun lepas, raya ketiga, ayah masuk ICU sebab heart attack.. mmg kami semua beraya kat Pusrawi je..
Kalau suami aku tak dapat turun dari offshore minggu depan nih, sure aku lagi hiba.. sila jangan tanya persiapan raya kat aku..okay?

Raya bersama Syahmi
Tahun nih raya Syahmi yang pertama.. aku lebih berasa risau.. sebab jumpa ramaiiiiiii org.. dan ramaiiiiiiii org itu sure melaram time raya.. atleast yang perempuan pakai compact powder, yang lelaki pakai perfume.. Aku risau sebab takut eczema Syahmi makin teruk bila in contact dengan org2 ramaiiiiiiiiii itu.. Dan aku juga risau kalau ada tangan yang gatal nak suap mcm dekat Syahmi..especially kuih raya... seriously guys, tolong jangan rajin sangat nak suap anak aku.. he has his own diet... which is Gluten free, Cassein Free diet.. i wont allow any gluten masuk badan dia lagi..sebab yang sengsara nanti bukan korang.. tapi, aku dan suami..Please..I beg u.. Please be considerate..

Thursday, 25 July 2013

Hidup tanpa suami

Sekarang nih, Anan kene offshore..dalam 2minggu..ada field trial dekat Irong Barat..haih..sedih sangat..

Sebab aku tak selera nak makan..then nak juggle between jaga anak, dengan rumah, dengan nak makan..hish..rasa sedih je..rasa sunyi je..

Makan sahur pon ala kadar..time anan ada, laju je sepinggan nasi uh..time anan takde, 3suap paling banyak..
N yang paling best, berat aku da turun sampai 60kg!.. Aku pon tak percaya memula.huhu..tapi, nih takde tipu2..mmg valid number..

Syahmi pon asek merengek rindukan ayah dia..aku pon nak merengek sama..sebab aku rindu suami aku..
Orang kata, kalau dah kahwin, nanti takde dah nak rindu- rindu bagai..tapi, kenapa bagi aku, sama je merindu nih?isk..rindu sangat..cepatlah balik..

Sunyi betol rumah tanpa awak,tau?Walaupon awak salu buli kita, tapi kita xkisah..sebab kita isteri mithali..terima jelaa walaupon awak asek2 nak main2kan kita, geletek kita..huhu..

Kesimpulan : tanpa awak di sisi, hidup kami tak ceria lagi!

Bulan kedua di Clariant


Aku sangat suka bekerja di sini.. Seikhlas hati, mmg dah lama mengharap join company nih..Tapi sebab ada polisi husband+wife tak boleh kerja sekali, impian hanya tinggal impian..

Tapi, entah macam mana, datang rezeki untuk panggil interview dan terus dapat.. Alhamdullillah kepada Boss sebab bagi peluang.. InsyaAllah akan melakukan kerja dengan sempurna..

Kerja aku dekat sini takdelah susah mana (buat masa skang nihlaa).. aku dipertanggungjawabkan menjaga contracts..huhu.. bak kata Boss aku semalam, aku nih adalah expensive secretary..

Huhu..sori boss.. selain jaga contracts, aku jugak buat tender..sama macam kerja dulu..Cuma frekuensi dapat tender uh xdelah sekerap kat TW dulu..

Yang paling penting, jiwa dan otak makin tenang..hehe.. Aku paling suka kerja sini sebab asek dapat berjalan je..

Dalam bulan Julai nih je, aku kene 3kali naek Burung Besi Malaysia.. Bulan lepas, gi KK&Labuan..huhu.. Dulu jeles sangat Anan asek dapat naek MAS..skang? xjeles da,..hehe

Lagipon kerja kat sini, ada suami di sisi..huhu..biarlah org nak kata, tak bosan ke dok ngadap muka yang sama?

Bagi aku, aku tak mengadap muka dia pon..walaupon tempat aku bertentang ngan tempat dia, tapi cubical kitorang tinggi..tak Nampak pon dia..boleh intai ikot lubang kecik je kadang2.. itupon dia xperasan..hehe

Miri . Miri . KK


Bulan puasa nih adalah bulan yang agak mencabar bagi aku.. Sangat mencabar.

1st day puasa da kene gi outstation Miri.. xpelaa..aku xpuasa pon..so, makan je dalam flight..huhu..

14th day puasa, gi Miri jugak.. Ada meeting.. Day trip..perjalanan yang agak mencabar sebab ada org kat sebelah aku nih non-muslim..so, dia makan nasi lemak..

Pergh…Bau nasi lemak MAS nih mmg mencabar isi perut jugak rupanya.. Berbuka puasa pon kat airport. Tapau Marrybrown.. makan burger je.. Atas flight makan lagi nasi goreng ayam merah..

19th day puasa, aku kene gi KK pulak sebab ada meeting dan majlis berbuka puasa bersama customer. So, mesti mencabar jugak la duduk sebelah org yang tak puasa.

 
Sedapnya bau nasi lemakkkkkkk..laparr

Tuesday, 23 July 2013

Ikan pekasam

Korang suka tak makan ikan pekasam?
Aku memula dulu tak makan langsung ikan tuh..huhu..
Sebab bau macam masam je kan..macam da basi..hehe.
Tpi, sejak tengok org jual ikan pekasam dekat Bazaar Gombak tahun lepas, macam teringin je..
Sebab tengok cili dan bawang yang sangat banyak..atas ikan yang garing..
hehe.. So, semalam untuk berbuka, aku masak ikan pekasam..
Aku goreng 3ekor..Bagi kak ila seekor.. Sehari sebelum tuh, mmg dia bagi ikan patin masak tempoyak.. Perghhh..Kalau dapat ikan patin tempoyak mak kak ila masak, mmg terbaekk..
Itu masakan ikan patin masak tempoyak yang paling sedap pernah aku makan..huhu..
Mungkin sebab tempoyak dia tak banyak sangat..then sangat pedas.hehe.
Makanya, lauk aku berbuka dan bersahur semalam adalah ikan patin tempoyak, sayur campur, ikan pekasam, dan telur goreng mata..
Sampai pagi nih kalau teringat ikan pekasam tuh, macam terliur je..
Harinih aku nak masak ikan pekasam lagi laa..
Nak masak lauk ikan merah msak lemak cili api..makan ngan ikan pekasam..dan timun..pergh..terangkat punya..hehe...masak lebih sikit untuk sahur..
Untuk saper tak pernah tgk ikan pekasam, camnilah rupenya(kat bawah)...
Ikan nih dapat dari adik aku yang kerja Fama.. Dari Kedah, xsilap aku..hehe..

Cara masak, senang je..
Goreng terus ikan tuh sampai garing..jangan basuh pulak..
Pastu dengan guna minyak yang sama, goreng bawang dan cili..
pastu, tabur atas ikan..bubuh sikit limau..nyummmmms~

2ekor ikan lampan pekasam untuk aku, ibu dan ayah.. sedap..

Buah buahan selepas berbuka

Seekor ikan lampan pekasam untuk kak ila.. =) Tq kak ila..

Monday, 22 July 2013

Hobi baru saya

1.Naek motor
 
 
 
vroomm..vrommm..ke tepi ke tepi..

Ehh..salah pegang ke ayah?sori..ingat handle nih tadi..

Okay..now,i'm ready for a ride..vroomm...vroooommmm..

 

2. Menggigit

i can bite and chew almost everything..

Awak nak sikit?
 

Mengorek ape lagi tuh Syahmi?
 

Okay..Saya gigit balik..awak tak nak kan??

Eczema

Hari Ahad, eczema Syahmi makin teruk..sampai berair-air pipinya..
Darah melekat di baju..
Bau darah melekat di jari-jarinya..
pipi melekit-lekit sebab air dan darah di pipi..
Syahmi jangan makan tepung gandum tau?
Jangan makan susu lembu...
Jangan makan makanan berminyak, bergaram..
Kalau orang suap, jangan makan..
Syahmi makan makanan yang ibu masak je tau?
Get well soon, sayang..

Aquaria 2013

Jumaat lepas, aku beli baucer tiket Aquaria. Rm28/pax (adult)..
So, hari Sabtu, kitorang pon pergi Aquaria bawak budak tembam tuh..
Bangun pagi, hantar kereta Anan ke bengkel dan terus gerak ke Aquaria..
Kitorang park kat pavilion untuk dapat free parking dan elakkan jammed.
Memang bernasib baek sangat sebab Syahmi dah makan kat rumah, then dia da tidor dalam kereta.
Sampai pavi, memang sangat excited dia..
Lepas parking, kitorang pon geraklah ke Aquaria..
Jalan kaki guna jejantas yang menghubungkan KLCC-Pavilion..
Sampai Aquaria, mmg Syahmi syok sangat..dok kejar ikan, dok tepuk sana, tepuk sini..
Sempat amek beberapa gambar jela..hehe..
Tapi, kitorang amek jugak pakej gambar dari Aquaria.. Bayar rm50, dapat 5 keping gambar..okaylaa tuh..hehe

next nak gi zoo pulak!,.tapi tunggu Syahmi jalan laa..xlarat ibu ayah nak dukung

Syahmi, jerung kat atas..bukan kat bawah

Nak maen Cak Cak dengan ikan ye?

Cuba kira ada berapa ekor ikan tuh?

Ayah dan Syahmi khusyuk tengok ikan

Syahmi pandang mana tuh sayang?

Ibu yang posing lebih nih

in tunnel..rugi pulak tak amek gambar banyak-banyak dalam ni




Sunday, 21 July 2013

bye bye ayah..

Syahmi peluk erat ayahnya tadi..
Seakan memahami...
Yang ayah akan pergi...
Menangis merengek minta didakapi...
Seolah tak mahu melepaskan ayah pergi...

Sabarlah sayang permata hati...
Ayah pergi hanya beberapa hari..
Sebelum raya,ayah kembali..
Temanilah ibumu di sini...

Buat ayah yang disayangi syahmi...
Tabahkan jiwa dan hatimu nanti...
Usahakan kerja sepenuh hati...
Agar hati tak terlalu merindui..

Buat suami yang disayangi...
Usahlah bersedih dan berat hati...
Aku akan jaga permata hati kita ini..
Semoga kau selamat pergi dan kembali..

Published with Blogger-droid v2.0.10

lari

Kadang kadang,aku hanya ingin lari...
Lari dari realiti...
Berada di alam mimpi...
Kecapi apa yang aku hajati...
Dari dulu hingga kini....

Kadang kadang aku hanya ingin lari..
Kerana realiti tak seindah mimpi..
Lari menemui ilahi...
Supaya mendapat ketenangan abadi...

Kadang kadang aku ingin semua terhenti...
Supaya aku dapat masa untuk mencari...
Mencari realiti yang lebih hakiki...

Tapi semua itu hanya mimpi...
Dan aku tidak dapat halangi..
Segala pedih dan luka di hati...
Kerana itulah realiti..

Aku hanya ingin lari......

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 19 July 2013

Aquaria

Pada sesiapa yang nak gi aquaria di bulan puasa nih, bawak anak anak, bolehlaa melayari Groupon..
Boleh dapat diskaun..
Aku da beli 2 tiket..hehe...
Nak bawak Syahmi esok gi Aquaria..tp timing kene ngam supaya bukanlah di waktutidur dia..
Esok nak hantar kereta gi bengkel, pastu terus ke Aquaria..yeyeyeyye...

Aku suka sebenarnya gi Aquaria nih..
Best tuh..hehe.Ada macam2 jenis ikan..Aku pernah gak tengok kalau2 ada job opening kat sana..tapi malangnya, takde..huhu..nak buat camne kan..Jadik pelawat jelaa..

Nanti nak amek gambar Syahmi banyak2..hehe..sure dia sangat excited esok...

Pacific Rim

Sape da tengok cerita nih, angkat tangan!..

hehehe..

Cerita nih adalah wayang pertama yang aku tengok dengan anan lepas hampir 5tahun kot..

dah 5tahun tak tengok wayang.. sampai aku rasa, xbestnya tengok wayang..haha

Sebabnye, aku rasa aku da tua..tak best betol dengan keadaan gelap, bunyi yang sangat bising, dan suhu yang sangat sejuk.. Tapi, aku masih menyimpan hasrat nak tengok Despicable me 2..harap2 sempatlah..

So, Pacific Rim.. Yang aku boleh komen, pelakon lelakinya hensem..muka ala-ala Brad Pitt..hahaha..

Ceritanya, aku tengok macam cerita ultraman je..ada robot yang dikontrol oleh manusia, dan melawan raksasa..hehe.serius cerita macam ultraman..

Tapi, suami aku cakap, cerita uh best..maybe sebab dia lelaki kot.. hehe..so, pada sesiapa yang nak gi tengok nak buang masa, and buang duit, boleh je..okaylaa.. grafik mmg best..akku rasa kalau tengok 3D, lagi best kot..hehe..

Thursday, 18 July 2013

Kontrol senyum

 
Semalam Anan banyak kerja..So, kitorang balik lambat sikit..kul5.30 baru gerak.. Selalunya, bila amek lambat sikit, sure Syahmi buat-buat merajuk.. kadang2, kita agah pon, dia tanak gelak..dia suka sangat tahan nak senyum nih.. Tapi senang je nak buat senyum.. kene surprisekan dia..hehe..buat dia terkejut.. Sure terkekek2 gelak.
 
 
Ibu amek Syahmi lambat arini..Syahmi tanak senyum kat ibu.
 
Syahmi nak maen kat luar.. Syahmi merajuk dengan ibu

Tanak..Syahmi tanak senyum .. *dalam hati :hihihihihi*

hehee..mana ada Syahmi nak gelak..

hehe..sebab Syahmi sayang ibu, Syahmi gelaklaa..bukan sebab geli..

Ok Fine... Syahmi gelak je..hehehehhehe
 
 


 



 







Panjat memanjat

 
Sekarang nih Syahmi suka sangat memanjat..time dukung dia pon, boleh lagi dia memanjat2..
Semalam amek je dari umah pengasuh, dia sangat aktif..kitorang berdua pulak sangat letih..sangat mengantukk.. Dia nak maen panjat2..so, bawak jelaa masuk bilik, panjatlah atas katil..
Misi : mengambil minyak telon yang terdapat atas kepala katil
Cara : Memanipulasi badan ayah


 
 
 
Step 1 : Buat- buat innocent.. macam tak tahu apa jadi
 
 

Step 2 : panjat ats bahu ayah..
 
 
 
Step 3 : Amek minyak telon




Step 4 : Alamak!..kantoi dengan ayah pulak..

Tips untuk bayi..

Korang pernah tak nak mintak ape2 dari ibu ayah, tapi ibu ayah xbagi?hehe
Nak tahu macammana Syahmi buat?
Step 1 : Mintak cara baek..dengan mata bulat..
Step 2 : bulatkan lagi mata, sambil ketap bibir tahan nak nangis..cakap plisssss

Step 3 : rendahkan mata konon sedih ibu tak bagi..takpelaa kalau ibu tak bagi


Step 4 : betul ke ibu bagi?thank you ibu..sayang ibuuuu

Bubur bayi 10bulan

Syahmi baru je masuk 10bulan pada 14 Julai arituh..Tapi, awal2 uh sangat susah untuk bagi dia makan bubur.. Macam- macam perencah aku bubuh.. macam2 jenis bubur aku hasilkan.. Kalau korang nak idea, bolehlaa try menggayakan bubur dengan cara-cara di bawah:-

1) Lobak+greenpeas
2) Greenpeas+jagung
3) Kentang
4) Labu
5) celery + sup ikan ( just rebus ikan bersama bawang putih, bawang merah, daun salam, pastu blender)
6) sup ayam kampung(kaki ayam+isi ayam rebus bersama bawang merah, bawang putih, celery, pastuh blender)
7) block cheese + sup ayam kampung + mixed vege (beli jenama watties..mmg sedap..manis je)
8) nasi himpit + cheese + sup ikan
9) Keledek
Itu je kot bubur yang Syahmi nak makan..aku campur je dengan nasi bubur..tapi dia paling suka bubur dengan kentang/keledek..mmg fav...kalau lenyek nasi dengan kentang pon dia makan..
Bagi keledek / Labu uh kene observe gak sebab Syahmi kembung perut makan keledek byk sangat..ikot perngai ayah..suka makan, tapi badan tak tahan..


Camne Syahmi nak suap nih..Syahmi nak bagi ibu makan..

Alamak..last-last seluar Syahmi yang makan

Ibu, Syahmi da tumpahkan semua..macammana nih?
 

Ibu, nak lagi semangkuk bubur bole?yang tadi dah habis jatuh kat seluar Syahmi

 


 
 

Puting aka pacifier

 
 
Korang bagi tak anak korang hisap puting? Macam aku, aku sebenarnye tak suka anak hisap puting nih..nanti memanjang nak hisap puting..Nanti lambat bercakap..
 
Tapi, since dia ada gigi nih, aku rasa ngeri je setiap kali dia dok gigit aku..merata2 dok gigit.. So, waktu beli barang kat tesco last month, aku pon angkutla seketul puting tommee tippee..harganye nak dekat rm20 gak kot..dah sama harga dengan botol susu..hampeh mahal gila barang sekarang nih..
 
Makanya, aku pon bagilaa Syahmi try hisap puting.. Hasilnya, bukan dok hisap pon.. Dia dok kunyah puting uh..kunyah getah silicon uh, kunyah penutup puting, kunyah plastik handle uh..huhu..dah dia buat cam teether plak..hehe..naseblaa Syahmi..asalkan xgigit ibu lagi..
 
Hisap puting nih tak digalakkan ye, kawan2..kalau sesaje nak bazir duit buat anak kunyah2 mcm chewing gum, bolehlaa beli..haha

 
 
kesian itik 2 ekor uh tak laku.

syuh syuh ..tepi itik.sibuk je
 


Owh..camni rupenya nak hisap puting

Wednesday, 17 July 2013

Tips Kurus selepas Bersalin

Berat sebelum kahwin = 61kg
Berat selepas Kahwin = 62kg
Berat di bulan pertama kehamilan = 63.3kg
Berat di bulan kesembilan kehamilan = 73kg
Berat selepas 2hari bersalin = 65kg
Berat sekarang(10bulan selepas bersalin) = 61-62

haaa...kagum x macammana aku boleh turunkan berat?hahaha..
Sebenarnya, aku pon tatau camne aku turunkan berat nih.. Tapi bolehlaa bagi tips. Nak kurus kene bermula dari tempoh awal kehamilan

1. Aktif
Ibu ibu yang mengandung haruslah mengaktifkan diri ketika mengandung.. walaupon dituntut untuk berhati-hati,bukanlah satu alasan untuk jadi malas... bawak-bawaklaa bersenam dengan berjalan-jalan, buat kerja rumah..mengandung bukan alasan jadi malas.ok? Semua psikologi..takkan nak bangun buat air untuk suami pon tak larat?..jangan malas2..nanti jadi belon, paha mcm ayam belanda, jangan salahkan org laen. Aku dulu, time 7bulan, masih maen basketball..percaya x?

2. Jaga Makan
  Mengandung bukanlah alasan untuk kita menggemukkan diri dengan makan segala benda yang ada dalam fikiran.. Baru mengandung 3-4minggu, hari-hari nak mengidam.. Janganlah macam tuh.. kalau ikotkan, kita tak seharusnya makan untuk 2org pon di awal kehamilan.Makan macam biasa..ini x, elok je tau ada 2line kat pregnancy test kit, time uh nak mengidam.. kejap nasi lemak, bihun sup, pavlova, durian crepe,,semuanya sekali hentam..jgn camtuh..kawal makan..makan benda yang berkhasiat.. kurma, kismis, sayur, amalkan sewaktu mengandung..

3. Breastfeeding
Aku rasa yang nih sangat membantu..sebab dia membantu mengecutkan rahim..Aku ada je tgk ramai ibu2, sewaktu dalam pantang, dah kurus slim da..abes je pantang, stop breastfeeding, terus membelon..jadik lagi besar daripada mengandung pon ada..tamau macam tu ye?jangan malas bagi susu kat anak.. itu hak anak..susu sikit bukan alasan.especially yang mana fulltime housewife ye..
banyakkan mengepam, banyakkan direct feeding, banyakkan minum air, mkn kurma, halba, lobak putih, dan amcam2 lagi milk booster.. ok? sangat membantu.. di samping salah satu cara untuk merancang jugak..

4. Muhasabah diri
Berdiri depan cermin sebelum mandi, dan tengoklah badan sendiri..kalau sanggup tengok lemak2 kat badan, kat perut, teruskan dengan apa yang korang da buat sekarang.. Kalau malu dengan keadaan badan, berusahalah.. dalam fikiran kene ditetapkan.. aku nak jadi kurus balik untuk suami.. kalau kita sendiri pon tak sanggup nak tengok diri sendiri dlm cermin, jangan salahkan suami jika pandangannya terarah pada yang laen.

5. Madu+lemon / Madu+apple cider vigegar
Prepare air jus nih dalam botol besar, simpan dalam peti..tapi boleh diminum lepas anak 6bulan..takut anak cirit pulak minum lemon..huhu.. minum segelas sebelum+selepas bangun tidur. Mampu membuatkan badan membuang lemak, membuang toksin, kuruskan badan..cuba je,..xrugi pon..dari minum air mealshake tah hape2, baek minum madu..makanan sunnah nih..

6. Banyakkan minum air masak
Pastikan kita mengambil air 2liter sehari..minum je air masak uh..bagos untuk badan..ok?.aku mmg banyak minum air..biarlah asek nak terkencing pon..macam la tak biasa gi toilet waktu ngandung dulu kan?

7.Sayur+buah dua kali ganda dari nasi
Tips nih ada doktor bagi..dia kata, kalau makan, sayur kene lagi byk dari nasi..bagos untuk badan..Sape yang pernah tgk aku tapau nasi mesti tahu kuantiti sayur yang aku amek byk mana..aku mmg suka makan sayur..masak lemak pucuk paku, ulam jantung..perghhh...sedapnye..

8.Bengkung
Aku tataulaa berkesan ke tak bengkung nih sebab lepas bersalin aritu, aku tak pakai bengkung pon..sebab allergic..abes merah2 kulit bila kena minyak+jamu2+bengkung..end up, aku xpakai pon bengkung.. jamu pilis pon takde.. paling byk pon just pakai minyak panas NR..itu pon bila ibu bising..hahaha...

Itu jelaa yang otak dapat pikirkan sekarang,,hahaha,,
Yang penting, untuk jaga hati suami, kita jagalah dari mata dan perutnya...
Berhiaslah untuk suami, masaklah yang sedap2 untuk suami..ok?



QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH UNTUK SEISI KELUARGA
BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/

Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh