Baru-baru nih aku ada baca beberapa blog ibu-ibu tunggal.. baek yang ditinggalkan suami akibat cerai ataupon yang suami meninggal.. memang rasa sebak.. tapi itu ujian untuk mereka.. Aku cuma doakan mereka tabah..
Bagi aku, kalau suami dah takde, agak sukar untuk dibayangkan.. aku harap, takdelah terjadi pada aku.. Setakat kalau kene tinggal gi offshore, gi outstation, aku boleh terima.. tapi kalau kene tinggal sebab ada perempuan lain, ataupun sebab ajal, aku takleh bayangkan..
Aku rasa kagum dengan mereka-mereka yang bergelar ibu tunggal..tapi masih mampu mecari rezeki untuk anak-anak...memberikan anak-anak pendidikan, perlindungan.. tahniah buat anda semua.. Aku harap, janganlah masyarakat memandang hina pada mereka.. bantulah selagi termampu..
paling sedih, aku baca blog Mawar dan Alia .. Tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat mereka..
isk.. Semoga Allah memberi perlindungan..aminn..
No comments:
Post a Comment