Pages


Monday, 23 September 2013

Anak Manja

Anak korang manja tak?

Camne kriteria untuk dikategorikan sebagai manja?

Sebenarnya, untuk ibu bapa yang bekerja, anak-anak bukannya manja..
Mereka nak kan perhatian dari kita je.

Awal pagi da hantar ke rumah pengasuh.. lewat petang baru ambil balik..
Memanglah bila sampai rumah, anak jadi manja...
Macam Syahmi.

Bila ambil dia waktu petang, sure muka dia excited macam dah lama sangat dia duduk di rumah pengasuh...hehe.. Sure tak nak berlepas.. Kalau boleh, sentiasa nak bersentuh kulit dengan kita..

Bagi aku, aku tak salahkan Syahmi pon.. Aku lebih salahkan diri sendiri..
Sepatutnya, aku yang kene didik dia..
Kene teman dia, ajar dia, suap dia makan..
Tapi, on weekdays, umi dia yang ambil alih..
Kesian Syahmi..
Sorry Syahmi...

Kita sebagai ibu bapa nih, kalau boleh, bila sampai di rumah, luangkan masa untuk anak..
peluk dia, teman dia maen.. mandikan dia.. suapkan dia makan..
Biarlah masa bersama tu diisi dengan aktiviti yang menggembirakan..

Jangan hiraukan facebook, whatsapp, twitter, instagram semua uh..
letak phone jauh-jauh..
layan anak depan mata tuh..

Kita kene ingat, waktu kecik nihlaa ,masa untuk kita didik dia...
masa untuk dekatkan hubungan dia dengan kita..
Nanti bila dia da bersekolah, jumpa kawan-kawan, sure akan lupakan kita..
Jangan time tu kita baru nak menyesal..

Abaikan suara-suara anasir jahat yang dok ejek ,anak kita anak manja sebab asek nak berpeluk je dengan kita.. Itu anak kita.. bukan anak dia..
Kita tak suruh pon dia manjakan anak kita..

TAPI....
Ada hadnya....
Dalam lembut, biarlah tegas..
Jangan diiyakan semua yang dia buat walaupon ternyata salah..

Ajar dia kemas barang mainan..
Ajar dia makan dan minum setempat..
Ajar dia hormat org tua...
Ajar dia ilmu agama..

Sebab semua itu tanggungjawab kita...

No comments: