Pages


Thursday 14 April 2011

Kastard jagung

Semalam, berjaya membuat puding jagung..Anan kata sedap..aku pon tataulaa sedap ke tak sebab aku tak suka makan apa-apa jenis kueh pon..Setakat nak tolong buat, bolehlaa..huhu.
Nak resipi puding jagung??
.
.
Bahan-Bahan
1. Jagung dalam tin-1cawan
2. Susu cair - 1 cawan
3. Gula -3/4 cawan
4. Tepung kastard - 1 cawan.
5. Air - 3 cawan

Campurkan semua bahan sehingga sebati, and masak atas api kecil.
Kacau sehingga pekat. Kemudian tuang dalam acuan.

Kacau sebatian dengan api perlahan..(mengambil masa yang lama jugak)

tadaaa..da pekat da sebatian kastard jagung..gaul dengan laju supaya dia tak keras

Inilah hasilnye..sejukkan dalam peti ais, baru sedap makan..=)

Wednesday 13 April 2011

Western Dish

Semalam (12 April 2011), hati terasa gatal lak nak makan western..
So, balik kerja, belilaah barang2 untuk buat benda tuh..habis rm50 gak untuk wat tuh..yang mahal, sebab nak buat sos perap ngan sos blackpepper je..
Kat bawah nih ada resipi2 nye..

Bahan Ayam Panggang


  1. Isi Ayam
  2. Black pepper yang telah ditumbuk
  3. Adik Beradik Jintan
  4. Sos Tiram
  5. Sos Lea&Perrins
  6. Cili Giling Sikit
  7. Madu
  8. Sos Cili
  9. Garam
  10. Lada Sulah
  11. Aluminium Foil

A)     Gaulkan ayam bersama2 semua bahan2 perasa di atas dan perapkan di dalam aluminium foil..(Cucuk2 ayam ngan garfu kalau nak perasa masuk lagi pantas.). Biarkan sekurang2 2jam sebelum masak kalau nak rasa masuk dalam ayam.
B)     Letakkan ayam(yang dibungkus dengan aluminium foil di atas kuali leper/kuali beger/tempat pemanggang dan panggang sehingga masak.


Bahan Coleslow

  1. Kobis
  2. Lobak
  3. Mayonis
  4. Thousand Island

A)     Hiris – hiris kobis dan lobak nipis2.
B)     Rendam dalam air garam dan masukkan dalam peti ais kejap untuk kekalkan kerangupan.
C)     15 minit sebelum hiding,tos kobis tadi, dan gaul bersama thousand island dan mayonis secukup rasa.
D)     Hidangkan

Bahan Kentang Bakar

1.      Kentang
2.      Basil leaves
3.      Parsley leaves

A)     Rebus kentang di dalam air garam dan campurkan Basil leaves & Parsley Leaves.
B)     Setelah kentang empuk, toskan, dan sejukkan.
C)     Potong kentang dalam 3cm lebar dan masukkan dalam aluminium foil.
D)     Kemudian, panggang di atas kuali leper macam ayam tadi sehingga masak.

 Bahan Sos Black pepper.

  1. Bawang Merah -cincang
  2. Bawang Putih -cincang
  3. Cendawan Butang – potong dadu kecil2
  4. Lada Hitam yang ditumbuk
  5. Sos segera lada hitam
  6. Sos tiram
  7. Sos Cili
  8. Sos Tomato
  9. Sos Lea & Perrins
  10. Kicap Cair
  11. Kicap manis
  12. Kicap pekat
  13. Air
  14. Mentega
  15. Tepung gandum

A)     Cairkan mentega bersama tepung gandum dan kacau sehingga pekat.
B)     Sejukkan Di tepi seketika.
C)     Ambil kuali berasingan, dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naek bau.
D)     Masukkan Semua sos dan kicap dan kacau sebati.
E)      Kemudian, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi..Kalau nak pedas, bubuh lagi byk,
F)      Kemudian campurkan sedikit air dan mentega bersama tepung tadi untuk melikatkan kuah.
G)     Masukkan cendawan butang dan gaul sehingga masak.
H)     Hidang bersama ayam panggang tadi

.
.
.
.
.
. Inilah hasilnya..tadaaaaa

Set nih aku buat bagi dekat Kak Ila..Seketul ayam dah hilang dari gambar..hehe..n ada tambahan garlic bread (buat sendiri) dan mushroom soup campbells.

Gambar-gambar ayam yang sedang dipanggang
Kentang yang direbus
 Set yang dihantar ke rumah Anan & Keju ( housemate anan) tak sempat nak upload..cepat sangat derang makan..huhu..apa-apa pon, sedap..sampai Keju suh hantar lagi esok..hehe..

Menu harini (13 April 2011);-
1. Puding Jagung
2. Bihun Goreng
3.Aiskrim goreng kalau jadik =P