Pages


Friday 16 August 2013

10 perkara suami suka isteri buat

Tadi bagi pihak isteri kan? ini apa kata aku cuba terbitkan tips bahagiakan suami pulak..haha..
Idea sendiri nih..kalau tak berkesan, jangan marah..

1. elakkan membebel.. - rasanya takde kot lelaki yang suka dengar perempuan membebel..kurangkan membebel.. kalau nak lelaki tolong buat sesuatu, cakap terus terang.. janganlah potpet potpet.. kang suami angkat kaki keluar rumah, baru tau...

2. Support hobi.. - Lelaki nih hobinya pelik-pelik.. ada yang main game, sports, kereta, dll.. apa jua hobi suami selagi tak berlawanan dengan agama, supportkan aje.. walaupon kita nampak hobinya itu macam membazir, tapi, jangan melarang... he earns his own money, let him satisfy himself.. bagi aku, takde masalah, asalkan dia tau bertanggungjawab... Macam anan, hobi dia, maen basketball, game and magic.. so, aku paham kalau kadang2 dia nak beli sesuatu, nak gi sesuatu tempat, just bagi je.. as long as reasonable laa..

3. Me- time.. - sekali sekala, bagi space kat suami untuk dia punya me-time.. mungkin dia nak keluar dengan kawan-kawan dia ke, tidur ke, menonton tv sepanjang hari, biarkan je..jangan membebel. k? lelaki nih kene bada masa untuk diri sendiri.. man cave..hahaha..layankan aje..usah dok penat pikir kenapa suami kita dok berdiam diri or tanak layan kita bercakap..derang memang dilahirkan begitu..

4. masakan sedap.. - nak tawan hati suami, kene lah dari perutnya... walaupon kita tak pandai masak, kenelah belajar masak..takkan hidup bersama sepanjang hayat nak makan kedai / fastfood je.. baek dia kawen ngan anak tokey kedai masak..ooppps..hehe... atleast, usaha untuk belajar buat sesuatu yang suami suka..satu dua  lauk pon da cukup.. baru suami hepi.. balik kerja penat2, ada makanan sedap..

5. berpenampilan menarik.. - kalau nak keluar rumah, sibuk nak melawa2.. tapi dok bagi orglaen tengok.. balik rumah je, terus berserabai pakai suar track ngan shirt koyak kusam..huhu.. jangan camtu para2 isteri.. lelaki nih suka tengok benda yang indah2 je.. setiap perempuan ada aset yang dikurniakan untuk menambat hati suami.. sekali sekala pakailah baju yang menarik..takyah sexy2 ala2 victoria secret pon takpe.. tapi, biarlah berpenampilan ceria, segar.. barulah suami sayang.. takkan nak suruh lelaki pandang yang indah2 kat luar rumah...

6. Sentiasa wangi.. - ini berkait rapat dengan penampilan tadi. tak perlu pakai perfume pon.. tapi, atleast, mandilah dengan sabun wangi2, shampoo rambut especially yang bertudung..rambut berkepam je..bagilaa wangi sikit.. biar hati suami sentiasa berdebar je bila bau kita depan dia..sama gak dengan penjagaan rumah..bagi rumah sentiasa wangi dan bersih...jangan lah bagi rumah bersepah2.. lelaki nih payah nak mengemas.. dia harapkan isteri akan buat semua..so, janganlah kecewakan dia..

7. Independant.. - perempuan nih kene independant sikit.. Janganlah harapkan suami uruskan semuanya.. nanti nampak macam kita nih mengada-ngada sangat... tapi, jangan sampai terlampau independant sampaikan suami rasa dirinya tak diperlukan.. balancekan sikit..kongsi tanggungjawab dengan suami.. kalau kita bekerja, supportlah sikit belanja rumah tangga... walaupon mmg tugas suami bagi nafkah, di zaman yang semua serbi mahal, kita tolonglah mana yang termampu.. janganlah nak gi pasar malam pon, mintak duit suami..mmg tak salah.. tapi janganlah pijak kepala pulak.. laenlah kalau suami bergaji besar..hehe..

8. sentiasa senyum.. - Janganlah sentiasa bermasam muka.. murahkan dengan senyuman..kalau kita suka suami senyum kat kita, kita pon kenalah senyum kat suami jugak.. tak kena bayar pon kan..hehe.. senyum dengan ikhlas,.. menggoda2 sikit.. dia suami kita pon..jangan nak malu2..

9. Jangan terlalu sensitif / emosi.. Janganlah cengeng sangat.. sikit2 nak marah, sikit2 nak nangis.. (ini aku nih).. cuba bawak bertenang.,..jangan ikotkan perasaan sangat,.. fikiran lelaki nih simple je.. kadang2 takde pape, tapi kita dok pikir macam2.. kalau ada masalah, bawak berbincang elok2..jangan serbu or serang dengan maki makian...

10.hormat.. - Puan puan, kita kene ingat.. ego lelaki nih tinggi...  jadi, jaga air muka dia sikit.. kalau depan mak bapak, org tua, org ramai, janganlah kita mara2 dia.. dia suami kita..pelindung kita.. rasanya takde suami yang suka isteri dok membentak2 macam tuh kot.. hormatkan dia... jangan melawan tanpa sebab.. Kalau dia salah, jangan malukan dia depan org ramai.. tegur diam2.. okay?

Ini apa yang aku pikir jela..tak tau la betul ke tak..sebab aku perempuan...lelaki laa yang kene bitau betul ke tak..
Kalau kita rasa suami kita macam tanak layan kita, tanak duduk rumah, kita muhasabah diri sikit,, tengok apa yang kurang...jadikan diri kita seindah bidadari dan rumah kita seindah syurga di mata dia..

renung-renungkan... dan selamat termenung... =p

MAKANAN SUNNAH UNTUK SUAMI DAN ISTERI DARI QASEH GOLD
QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH UNTUK SEISI KELUARGA
BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

No comments: