Pages


Showing posts with label elak bosan dengan pasangan. Show all posts
Showing posts with label elak bosan dengan pasangan. Show all posts

Friday, 16 August 2013

10 perkara suami suka isteri buat

Tadi bagi pihak isteri kan? ini apa kata aku cuba terbitkan tips bahagiakan suami pulak..haha..
Idea sendiri nih..kalau tak berkesan, jangan marah..

1. elakkan membebel.. - rasanya takde kot lelaki yang suka dengar perempuan membebel..kurangkan membebel.. kalau nak lelaki tolong buat sesuatu, cakap terus terang.. janganlah potpet potpet.. kang suami angkat kaki keluar rumah, baru tau...

2. Support hobi.. - Lelaki nih hobinya pelik-pelik.. ada yang main game, sports, kereta, dll.. apa jua hobi suami selagi tak berlawanan dengan agama, supportkan aje.. walaupon kita nampak hobinya itu macam membazir, tapi, jangan melarang... he earns his own money, let him satisfy himself.. bagi aku, takde masalah, asalkan dia tau bertanggungjawab... Macam anan, hobi dia, maen basketball, game and magic.. so, aku paham kalau kadang2 dia nak beli sesuatu, nak gi sesuatu tempat, just bagi je.. as long as reasonable laa..

3. Me- time.. - sekali sekala, bagi space kat suami untuk dia punya me-time.. mungkin dia nak keluar dengan kawan-kawan dia ke, tidur ke, menonton tv sepanjang hari, biarkan je..jangan membebel. k? lelaki nih kene bada masa untuk diri sendiri.. man cave..hahaha..layankan aje..usah dok penat pikir kenapa suami kita dok berdiam diri or tanak layan kita bercakap..derang memang dilahirkan begitu..

4. masakan sedap.. - nak tawan hati suami, kene lah dari perutnya... walaupon kita tak pandai masak, kenelah belajar masak..takkan hidup bersama sepanjang hayat nak makan kedai / fastfood je.. baek dia kawen ngan anak tokey kedai masak..ooppps..hehe... atleast, usaha untuk belajar buat sesuatu yang suami suka..satu dua  lauk pon da cukup.. baru suami hepi.. balik kerja penat2, ada makanan sedap..

5. berpenampilan menarik.. - kalau nak keluar rumah, sibuk nak melawa2.. tapi dok bagi orglaen tengok.. balik rumah je, terus berserabai pakai suar track ngan shirt koyak kusam..huhu.. jangan camtu para2 isteri.. lelaki nih suka tengok benda yang indah2 je.. setiap perempuan ada aset yang dikurniakan untuk menambat hati suami.. sekali sekala pakailah baju yang menarik..takyah sexy2 ala2 victoria secret pon takpe.. tapi, biarlah berpenampilan ceria, segar.. barulah suami sayang.. takkan nak suruh lelaki pandang yang indah2 kat luar rumah...

6. Sentiasa wangi.. - ini berkait rapat dengan penampilan tadi. tak perlu pakai perfume pon.. tapi, atleast, mandilah dengan sabun wangi2, shampoo rambut especially yang bertudung..rambut berkepam je..bagilaa wangi sikit.. biar hati suami sentiasa berdebar je bila bau kita depan dia..sama gak dengan penjagaan rumah..bagi rumah sentiasa wangi dan bersih...jangan lah bagi rumah bersepah2.. lelaki nih payah nak mengemas.. dia harapkan isteri akan buat semua..so, janganlah kecewakan dia..

7. Independant.. - perempuan nih kene independant sikit.. Janganlah harapkan suami uruskan semuanya.. nanti nampak macam kita nih mengada-ngada sangat... tapi, jangan sampai terlampau independant sampaikan suami rasa dirinya tak diperlukan.. balancekan sikit..kongsi tanggungjawab dengan suami.. kalau kita bekerja, supportlah sikit belanja rumah tangga... walaupon mmg tugas suami bagi nafkah, di zaman yang semua serbi mahal, kita tolonglah mana yang termampu.. janganlah nak gi pasar malam pon, mintak duit suami..mmg tak salah.. tapi janganlah pijak kepala pulak.. laenlah kalau suami bergaji besar..hehe..

8. sentiasa senyum.. - Janganlah sentiasa bermasam muka.. murahkan dengan senyuman..kalau kita suka suami senyum kat kita, kita pon kenalah senyum kat suami jugak.. tak kena bayar pon kan..hehe.. senyum dengan ikhlas,.. menggoda2 sikit.. dia suami kita pon..jangan nak malu2..

9. Jangan terlalu sensitif / emosi.. Janganlah cengeng sangat.. sikit2 nak marah, sikit2 nak nangis.. (ini aku nih).. cuba bawak bertenang.,..jangan ikotkan perasaan sangat,.. fikiran lelaki nih simple je.. kadang2 takde pape, tapi kita dok pikir macam2.. kalau ada masalah, bawak berbincang elok2..jangan serbu or serang dengan maki makian...

10.hormat.. - Puan puan, kita kene ingat.. ego lelaki nih tinggi...  jadi, jaga air muka dia sikit.. kalau depan mak bapak, org tua, org ramai, janganlah kita mara2 dia.. dia suami kita..pelindung kita.. rasanya takde suami yang suka isteri dok membentak2 macam tuh kot.. hormatkan dia... jangan melawan tanpa sebab.. Kalau dia salah, jangan malukan dia depan org ramai.. tegur diam2.. okay?

Ini apa yang aku pikir jela..tak tau la betul ke tak..sebab aku perempuan...lelaki laa yang kene bitau betul ke tak..
Kalau kita rasa suami kita macam tanak layan kita, tanak duduk rumah, kita muhasabah diri sikit,, tengok apa yang kurang...jadikan diri kita seindah bidadari dan rumah kita seindah syurga di mata dia..

renung-renungkan... dan selamat termenung... =p

MAKANAN SUNNAH UNTUK SUAMI DAN ISTERI DARI QASEH GOLD
QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH UNTUK SEISI KELUARGA
BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

10 perkara isteri suka suami buat

 
haritu masuk Fb, ternampak ada org share tips nih..
bagi aku, macam takde ape sangat sebab boleh dikatakan, semuanya mmg Anan buat..haha..
Tapi, bila baca komen, ramai rupanya suami-suami yang mengabaikan 10 perkara nih..hehe..
So, just sharing.
 
 
 
 
 
1. Ciumlah isteri tidak kira di mana, pada bila masa... Dapat pahala tau cium isteri..
 
2. Dengan memeluk iseri/suami, kita akan menjadi lebih tenang.. Kalau suami tgk isteri
kepenatan, kesedihan, kesakitan, dll, peluklah isteri..takyah cakap apa-apa pon.
 
3. Sekali sekala bermanja, apa salahnya.. Kalau isteri tengah memasak, membasuh pinggan, sidai kaen, pergi je belakang isteri, peluk dan cium.. sure isteri tersenyum, kan?
 
4. Ketika berjalan-jalan, dalam kereta, pegang erat tangan isteri.. supaya isteri berasa disayangi dan dilindungi.
 
5. Gurau senda laah selalu dengan pasangan.. itu yang akan mengeratkan hubungan.. Sekali sekala maen geletek/cubit2 apa salahnya...hehe
6. Sentiasalah ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri.. perempuan nih kadang-kadang memang pelupa.. kene sentiasa diingatkan..tak luak pon air liur uh... =p
 
7. Walaupon suami tak pandai masak, sekali sekala, try laa masak nasi, goreng telur dan sardin pon cukup..tak reti masak jugak? bukak je internet, sure banyak video cara memasak.. *di mana ada kemahuan , di situ ada jalan..
 
8. Rajin rajinkan sedekah senyuman pada isteri/.. Kalau time bercinta bole angau walaupon nampak atap bumbung isteri, kenapa da kawen, xley kan?... xkena bayar pon.. mana tau, dengan sentiasa senyum, dapat hadiah malam kang...hahahah
 
9. Sekali sekala, puji laa isteri.. xkira puji baju ke, tudung ke, rambut ke, masakan ke.. sure berbunga-bunga hati isteri.. Jangan asyik nak puji model-model dan artis artis je... puji laa yang halal di depan mata tu..
 
10. Whatsapp ada, Line ada, wechat ada..semua free... xde salah pon kalau sentiasa bertanya khabar.. aku dan suami yang kerja satu opis dan duduk berdepan pon kadang2 masih whatsapp & Lync sesama sendiri.. bukan borak panjang pon.. just tanya, banyak kerja?, rindu anak, malam nak makan apa?lunch nak makan ape?..eheehehhe
 
 
 

Wednesday, 31 July 2013

Ashraf , Dayana dan Sakinah


Baru baru nih kecoh satu Malaysia pasal Ashraf Muslim + Dayana + Sakinah..
Berbagai tohmahan dan kutukan dilemparkan…
Tidak kurang juga dengan simpati dan hasutan untuk bercerai…
Pelik.. Pelik… Pelik… 

Aku rasa benda nih adalah peribadi..
Cuma,bila Ashraf nih seorang selebriti, jadilah kecoh satu Malaysia..
Tambahan pulak dengan puisi kononnya dari Dayana..
Dayana tak pernah pon tulis puisi tuh..
Rakyat Malaysia jangan emosi lebih…  

Isu poligami, cerai berai nih memang da jadi isu biasa di kalangan rakyat Malaysia..
Tambahan pulak di kalangan artis nih…
Korang cakap camne pon, derang tetap dah kawen..
Instead of bermaki makian, wat tambah dosa je, baik kita mendoakan yang baik..
Doakan supaya Ashraf berlaku adil…  

Bagi aku sendiri, nak berpoligami nih bukannya mudah ye kawan2..
Baik bagi pihak isteri-isteri, suami mahupun anak-anak…
Isteri kene redha.. suami kene adil… Anak-anak kene bersabar…
Prevention is better than cure..
Pernah dengar tak?..
Actually, kita boleh je apply benda tuh dalam hidup berumah tangga..
Kalau takut suami terpikat dengan perempuan lain, kita pikatlah hati suami dulu
Jaga makan minum dia, senangkan hati dia, layankan nafsu dia, fahami keadaan dia..
Kalau semua isteri dapat berikan, InsyaAllah, tak terniat suami nak mencari lain.. 

Tapi, untuk aku sebagai isteri dan seorang ibu, mungkin kita tak mampu nak buat semua..
Tak mampu nak berikan 100% pada suami.. mana nak kejar dengan kerja, rumah, anak lagi kan..
Di situlah, peranan suami mithali diperlukan…
Berkongsilah tanggungjawab.. Tolong mana yang patut..
Walaupon tugas isteri untuk melayan suami, suami tak bolehla nak demand 100% perhatian..
Suami kene faham betapa beratnya tugas isteri, especially yang bekerja..
Kalau isteri balik bekerja penat2, nak masak, tolonglah jaga anak dulu, kemas dulu rumah..
Jangan amalkan sikap- aku suami, jadi aku boss..
Isteri bukan orang gaji ye, kawan-kawan…  

Kita sebagai isteri, memang kene hormati suami melainkan suami buat sesuatu di luar batasan agama…
Janganlah bila balik kerja, dah penat2, mulut asek nak membebel je tak henti..
Memanglah suami angkat kaki kalau camtuh..
Layanlah suami dengan ikhlas.. Ingat, segala yang kita buat untuk suami tuh, dapat pahala..
Janganlah anggap diri kita seorang isteri nih macam kuli..
Kalau tak larat, cakap elok-elok dengan suami…
Kalau cakap manja2 dengan suami, takkan suami nak tolak kan?
Janganlah cakap dengan suami macam gangster je..
Nak suruh suami gi kedai, kene menjerit dari dapur..
Satu taman dengar suara awak…
Mesti suami pon malas nak tolong…  

Bagi aku yang memang kuat cemburu nih, tak tahulah macam mana kalau aku di tempat Dayana..
Harapnya, nafsu suami aku tak seliar AM..
Sebab aku tak yakin aku boleh jadi tabah…
Huhu..Tapi aku sentiasa doakan jodoh kami berkekalan…
Dijauhkan dari musibah2 dan godaan-godaan syaitoonnn bertopengkan manusia nih.. 

Dalam isu Ashraf Muslim, dia pon manusia..
Seorang lelaki yang bernafsu… Mungkin Dayana dah bagi sepenuhnya, tapi bagi AM semua tuh masih tidak cukup..Daripada dia melakukan maksiat sementara mendapat persetujuan mahkamah, dia pon bernikahlah di Thailand..
Tiada isu kahwin lari sebab tengok dalam gambar, diorang duduk masa akad tuh..
Pergi Thailand pon naek flight..hehe..
So, kita orang luar nih, janganlah tambahkan lagi minyak pada api yang tengah menyala..
Janganlah buruk-burukkan AM sangat bagi pihak Dayana..
Sebab AM masih lagi suami dia yang sah…
Kalau aku pon, orang kutuk suami aku, mesti aku pon rasa nak marah…
Mungkin cara AM tuh salah… Bernikah di Thailand.. Tapi dia pon manusia…
Semoga Dayana tabah.. Semoga Ashraf adil.. Semoga Sakinah bersabar..

Wednesday, 23 February 2011

Tak Bosan Ker??


Selalu org tanye aku dan Anan soalan macamni..
“tak bosan ke hari-hari jumpa?”
Hmmm..pada kami, mmg tak pernah rasa bosan pon.. Kalau tak jumpa, lagilaa tak senang duduk.. kene gak jumpa macammana pon.. Tahun nih adalah tahun ke-9 kami bersama.. 9 TAHUN!!.. Lama kot..huhu..kalau kawen, anak dah darjah 2 or 3 da kot..huhu..tapi, nak buat macammana.tak kawen lagi.huhu..tapi, mmg tak rasa bosan pon..huhu.. Aku rasa antara sebab-sebab kami tak bosan adalah seperti yang berikut..* =P

  1. Anggap dia seperti kawan.. – Benda ni sangat penting sebab kalau kita treat pasangan kita sebagai org istimewa, banyak sangat “Do’s and Don’t”. Bila banyak sangat restriction, nak jumpa selalu pon malas. Pada aku, si Dia tuh adalah best friend aku.. Semua benda aku cerita.. walaupon benda yang remeh2.. Kalau sehari tak bercerita, mmg rasa tak lengkap. Huhu.

  1. Tak buat benda yang selalu couple buat – Selalunye, pasangan-pasangan sekarang nih, kalau keluar dating, mesti nak gi tempat makan istimewa, gi tgk wayang, shopping complex, etc.. Kalau aku jadik lelaki dan setiap kali nak kuar kene buat benda camtuh, mmg aku malas nak jumpa selalu..wat habis duit je..huhu.. Kitorang kalau keluar sama2, mesti pergi lepak mamak ke, kedai tepi jalan ke, alaaa…semua kedai yang kalau makan 2org, maximum rm25-30..selalunye, belas-belas ringgit je.. wayang?? Setahun, ada laa 2-3 kali keluar tgk wayang..sebab bosan jugak tgk wayang nih.. kecuali kalau ada cerita yang berbaloi2 untuk di tengok..heh.(selalunye, mmg takdelaa).. So, kitorang pergilah basketball court.. bersenam sket walaupon most of the time, dia je yang bersenam.. haha..

  1. Jangan keluar berdua – Bagi aku, kalau keluar beramai-ramai lagi best kot.. so, kalau nak gi makan tuh, mmg tak kisah sangat ada orglaen nak ikot.. Kalau nak gi merayap mana2 pon, lagi best gi beramai2.. ajaklaa kakak dia ke, adik dia ke ,housemate ke, officemate ke, semua pon boleh ikot..kitorang tak kisah..hehe.. Kalau keluar berdua setiap hari, sure cam tak best gak.. macam tak bergaul dengan org ramai..huhu..

So, itu antara tips2 nye laa..ada byk lagi kot.. Jangan anggap pasangan kita tuh membebankan.. Kalau kita berperasaan macam tuh, mmglaa bosan kalau nak jumpa selalu kan?hehe.. Apa-apa pun, harap-harap, semua pasangan kat luar sana tuh berbahagia..hehe.. Kalau ada masalah, berbincang elok2..=D