Pages


Wednesday 19 February 2014

Anak cirit birit / Rotavirus / Stomach Flu

Khamis lepas, Syahmi tiba-tiba dapat rotavirus. Dia start muntah, then malam tu cirit birit / diarrhea.
3kali kitorang tukar cadar sbb muntah dan diarrhea yang banyak sangat. Dia pon lesu. Dia makan/minum apa saje, sure keluar balik.

Dah bagi probiotic / olivenol / garlic, tapi semua keluar balik tak sampai seminit. Tempoh cirit birit pon lama. Khamis- Selasa (6 hari).

Aku bawak gi jumpa doc. Doc kata kena viral fever. sebab pagi Jumaat tu dia da start demam (38degC). Doc bagi smecta+enerzal.

Sabtu, Ahad mmg tak keluar mana-mana. sebab dia lesu je.. boleh nampak tulang rangka dengan tulang belakang dia..kesian sangat tgk dia..

kadang-kadang, dia kembung..Nasib baik kitorang dpt keluarkan angin dia.. baru dia lega nak tidur.
Doctor kata, takde ubat untuk baby. Just kena pastikan dia minum air secukupnya.

Mula-mula, ingatkan keracunan makanan. Sebab Syahmi still suka kutip-kutip masuk mulut.. takut termakan inedible food ke..Tapi doctor kata bukan.. Bila tgk sign, macam kena rotavirus je.. Aduii..
So, kalau anak korang terkena rotavirus / anak cirit birit, macam mana nak buat? Meh I story :-

Tanda-Tanda Rotavirus

1)Muntah
2)Cirit Birit (watery diarrhea -kaler hijau)
3)Demam
4)Lesu

Duration
1) Incubation = 1-2 days
2) Diarrhea = 2-8 days

Cara-Cara Merawat

1) Bagi air secukupnya. Elakkan dairy product, fruit juices, and high sugar drinks.
2) Bone broth soup - Sup ayam/tulang/daging- reneh dalam sejam dua bersama halia, dan garlic.
3) Air kelapa - yang ni berkesan untuk Syahmi. Tapi dia minum setengah gelas je. Aku minum 3biji kelapa dalam masa sehari semalam. Aku redha je minum banyak-banyak dengan harapan electrolytes dlm air kelapa akan mengalir dalam susu untuk Syahmi. Alhamdullillah, berkesan.
4) Probiotic - Untuk menstabilkan bacteria dalam perut

Jumpa doktor / bawak ke ER jika:-

1) Anak dehydrated
2) Demam terlampau tinggi (38.5 degC ke atas)
3) Berak berdarah
4) Cirit Birit lebih 24 jam

Tanda- Tanda dehidrasi

1) Anak tidak kencing. (pampers kering untuk 3-4jam)
2) kencing kuning dan berbau
3) Lesu tidak bermaya
4) Kulit anak kering dan tidak anjal seperti biasa
5) Mulut dan lidah kering
6) Menangis tanpa air mata
7) Tidak berpeluh

Rotavirus adalah penyakit yang normal. Ada kajian yang dibuat menyatakan bayi akan mendapat rotavirus sekali sebelum umur 5tahun. bagi aku, tak perlu ambil rotavirus vaksin. Lagipon ada DNA babi dalam Rotarix tu. Just, kena pandai jaga time anak rotavirus. Pastikan mengambil air secukupnya. Kalau tak, bawak pergi hospital untuk IV drip.

Dehydration pada bayi adalah merbahaya. So, ibubapa kena aware dan memerhatikan anak-anak semasa diarrhea.

Rotavirus juga berjangkit. So, kebersihan adalah faktor utama supaya tidak mengjangkiti orang laen.
Tidur sepanjang masa. Badan pon makin kurus

Seluar dan baju kena tukar lebih 10 kali sehari. takde sempat nak matching

Balik rumah, terus tidur. tak senyum pon

Bye - bye diarrhea.. last day di Klinik maen-maen dekat bilik doctor.


QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH UNTUK SEISI KELUARGA
BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Wednesday 5 February 2014

Syahmi Fawwaz, 16months - eczema dan ASTHMA..

Sedaya upaya dari dulu aku berdoa agar Syahmi tak kena asthma.. Tapi rupanya, kena jugak..betollah orang kata asthma dan eczema ni penyakit adik beradik..saling berkait.

Syahmi kena asthma attack on 12th January 2014. Aku di Kerteh, Anan di Singapore. Terus aku cancel flight, booked flight baru and balik terus sbb Syahmi admitted kat ward. Susah bernafas, taknak minum, taknak makan..

Punca asthma :
First Attack , Aku suspect berpunca dari air suam yang berklorin dengan gabungan habuk2. Sebab a day before tu, aku bawak Syahmi ke rumah sepupu.. And mmg dia tiba-tiba selsema and batuk non stop kat situ.. sangat pelik kenapa.. balik tuh terus bg madu and olivenol. Okay la sikit.. waktu dia hantar aku ke KLIA pon dia macam OK je. esoknya terus asthma attack..admitted 4hari, 4x sehari amek neb.

Second attack, a week after that, aku bawak gi rumah sepupu yang laen jugak.. Kat sana, terkena asap orang bakar kambing agaknya.. terus esoknya asthma balik..amek neb 3kali sehari.

Third attack, 31 january.. Dia makan kismis xbasuh..malam tuh terus batuk.. wheezing sound, persistant cough..esoknya pon amek neb 2x.

Rawatan Asthma :

Masuk hospital, Doctor prescribe neb, antibiotik, ubat cair kahak, hydrocort. at first aku refuse bagi antibiotic and hydrocort.. Sbb time nak bagi uh, wheezing sound da takde.. batuk pon da takde.. tapi,doctor tak datang check pon..just prescribe through phone. Bila nurse nak bagi, aku refuse. aku nak jumpa doctor. Esoknya, doctor datang, bagi ceramah tentang pengalaman 35tahun dia as paeditrician mengatakan budak takkan allergy dengan antibiotics and hydrocort uh just small amount of steroid. Aku bertegas taknak jugak. so, dia mengalah dengan hydrocort, tp still bg antibiotic. Just aku topup ngan probiotic..
Masuk je antibiotic, Syahmi dapat rashes yang teruk kat kaki.. garu sampai berdarah dekat tag nama dia..even pergelangan tangan pon kena rashes. nurse nak masukkan antibiotic kat tgn pon tak dapat sebab xleh masuk pon dlm tgn dia..tataulaa darah beku ke hape..tp nurse cucuk je, abes keluar antibiotic dengan darah kat tangan..terus aku suh nurse bukak..
So, dia bagi oral antibiotic je.Bila nak discharge, baru doctor uh dok cakap baek2 "owh, eczema dia teruk eh?abes alahan"..
dalam hati aku, rasa nak bash je..aku berpuluh kali dok cakap eczema syahmi teruk..just time admitted uh, kulit dia tgh ok..mmg licin je..pipi, kaki, tangan. masuk hospital, terus naek balik..

Second attack, bagi salbutamol and neb.. rashes makin teruk..so, aku stop salbutamol.. aku up dosage olivenol and madu..pastu bagi apricot.. rashes terus stop..just kena heal balik jela which will takes months to achieve.

Third attack, aku just bagi neb and madu.. tak bagi kena aircond, tak bagi dia maen air, bagi mkn garlic pill, olivenol, and vit c (sodium ascorbate).. baru ok..

So, lepas ni, aku akan cuba untuk elak dari trigger factor : buah-buahan kering kena basuh dulu.rendam dalam air suam sekejap untuk hilangkan so called food grade sulphur, tak boleh habuk,debu, air minum kena bersih.

Bagi aku, treatment yang berkesan- sodium ascorbate (untuk stop selsema), madu (untuk batuk), garlic pill (cairkan kahak).. Kalau teruk baru amek neb.

Just berdoa, Syahmi tak kena Asthma attack lagi..Amin..




Neb sampai tertidur .Penat da meraung melawan neb

pergi maen di wad kanak-kanak. excited nak pakai snow gloves ayahngah bagi

Syahmi, seluar pendek dan gloves

Berjalan-jalan di wad sambil tolak trolley nurse

Syahmi belajar pakai kasut sendiri

antara syringe yang berjaya dikumpul

Baby cot nih jadi tempat dia maen je..maen cak cak

sebelum amek nebulizer, punyalaa ceria maen gelungsur.