Pages

Sunday, 12 April 2015

Tips rumah kemas tanpa mainan

Sape yang ada anak2 kecik ni mesti ada satu masalah nk bg rumah kemas sebab anak2 punya mainan, bersepah2 keliling rumah..

Saya ada anak 2org..
Y sulung dah 2y7m
Y kecik dah 6m

Mainan diorang mmg banyak..
Tapi, rumah saya jarang sgt bersepah..

Jom saya share tips2 y berkesan untuk saya..

1.asingkan mainan ikot kategori..
Kereta sama kereta..
Alphabet sama alphabet..
Patung sama patung..
Block sama block and so on..

Then saya akan simpan dalam bekas kecik2..
Saya xkan campur dlm container besar semua mainan sekaligus..

So, bila anak nak main, dia akan bukak bkas y kecik2..
Sepah pon akan jadi minima..

2. Sorok mainan..
Haaaa.. nih y sy suka...
Saya akan simpan mainan2 dan sorok bg anak susah ambil..
Saya akan keluarkan dlm 3-4 jenis sahaja..
Then akan rotate untuk seminggu. Seminggu..

Supaya anak xbosan..
Anak pon dapat fokus..

3.main bersama anak..
Bagi saya, ini adalah benda yang paling penting..
Sebab saya dpt observe, mainan budak2 selalu rosak sbb xde org tunjuk macam mana nak guna..
Banyak parents just beli, then letak depan anak suruh dia belajar sendiri..
Mmg laa hasilnya kebanyakan mainan akan rosak..

Saya selalunya akan spend masa untuk bermain bersama anak dan ajar dia cara yang betul untuk bermain..

Alhamdullillah, setakat ni berkesan..
Mainan yang saya belikan sejak dia dalam perut, masih elok sampai sekarang..

4. Kemas sebelum mula mainan lain..
Jadikan habit untuk immediately kemas lepas habis main..

Katakanlah, mula2 dia main lego..
Lepas setengah jam, dia bosan, dia nak main ultraman plak..
Sebelum dia start main ultraman, ajak dia kemas dulu lego..
Jangan suruh dalam nada marah..
Tapi jadikan benda tu benda yang happy untuk dibuat..

Friday, 19 September 2014

Priority

Waktu 24jam sehari memang xcukup...

Waktu bekerja

Waktu beribadah

Waktu menziarah keluarga

Waktu tgk tv

Waktu layan anak

Waktu tgk fb

Waktu main game

Waktu melepak ngan kawan2

Waktu kemas rumah

Waktu memasak

Dan lain lain aktiviti

Kadang2 mmg tak terkejar...

Makanya,ikotlah kepentingan...
Mana yang lagi penting dan berharga untuk kita...
Kerjaya? Ibadah? Anak? Kawan2? Keluarga? Hobi? Org asing di FB? Kawan2 yang mengarut2 di whatsapp?

Tak kira mana satu pilihan anda...ikotlah kepentingan...
Jangan ikotkan perasaan dan keseronokan..
Jangan menyesal di kemudian hari..

Semuanya takkan kekal di dunia...

Jangan bila dah terhantuk,baru nak terngadah..
Kita tak dapat beli masa...
Jadi gunakan sebaiknya..

Ingatlah amanah y dipinjamkan buat sementara..

Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian...

Ya Allah....
Jauhkanlah kami dari termasuk golongan yang rugi.. :(

Break free

Give yourself a break...

        You will realize the only person who are able to make you happy is yourself...

Don't overdo..

Don't overthink..

Don't focus on the problem..

       Instead,give yourself a break and focus on the solution...

Don't run away from your problem..

       You'll only create more problem for yourself...

Friday, 12 September 2014

Langkah langkah menjadi surirumah

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah..

Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa :

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia y akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad kredit y ada

4. Cancel semua kad kredit

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping.. No more online shopping beli barang mengarut2 dan xperlu..

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika xpandai masak.. takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan..

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah.. Percaya lah... 24jam akan terisi dengan kerenah anak2..

11. Bersedia dengan suara2 sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jd surirumah.. tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan derang yang tanggung pon..jadi, abaikan...

12. Jangan lupa kawan2... Nanti sunyi pulak xde org nak bercerita hal2 dewasa... Asek cerita Boboiboy,upin ipin ngan pororo je..hehe..

Persediaan bagi suami

1. Suami kena bersedia dari segi kewangan... Tak perlu mewah.. cukup makan,pakai,insurance,tempat tinggal,setel..

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah.. sekali sekala bawakla isteri berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24jam sehari.. takdela dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin...rezeki datang dari Allah..bukan dari manusia..

4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah..

InsyaAllah...
Semuanya akan berjalan dengan lancar..
Pastikan niat betul...

Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat.. tak lagi sakit..Alhamdullillah sejak berhenti,xpernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital... Anak pon makin happy.. kita pon happy dapat tengok anak membesar depan mata.. rezeki, alhamdullillah xpernah putus lagi.. suami faham..keluarga faham..
Bagi yang masih ragu2, bincang elok2,buat solat hajat, solat istikarah,mintak panduan..
Kadang2 bila buat kira2 Mcm xcukup je duit..tp setiap bulan, cukup je duit..semua tu rezeki..:)

Sekian...

Wednesday, 20 August 2014

Bekerja dari rumah

Ada org kata,surirumah xboleh dpt gaji...
Tapi,diorang xtahu,ramai surirumah y bergaji lebih 4digits sebulan...

Haaaa...mcm xpercaya kan?

Y penting,bukan skim cepat kaya...

Banyak lagi cara untuk tambah pendapatan...

1.jual beli emas
2.jual beli saham
3.berniaga
4.Jaga anak org

Dan banyak lagi...

Macam saya,saya jugak surirumah..
Saya pilih untuk jadi surirumah...
Pendapatan tambahan saya,datang dari berjual Qaseh...

Setiap bulan dapat bonus..
Produk pon senang jual..setiap minggu kena restock..
Ada masa,sampai 2x Seminggu kena restock..

Kalau berminat nak tahu mcm mana nak join saya dan Qaseh Gold,boleh hubungi saya.. :)

Whatsapp/msg : 012-9221876

Wednesday, 13 August 2014

Kencing manis ketika mengandung @ GDM

Alhamdullillah..... 
2nd pregnancy ni xde langsung kencing manis..baru lepas kena minum air gula...
Kalau dulu,sampai kena amek insulin 3x sehari...hari2 cucuk perut sampai berlubang2..
Semua berkat amalkan sole..Hehe...dulu xkenal dengan sole ni..

Pada sesiapa y ada kencing manis,muda,tua,pregnant ataupon tidak,y nak mencuba kawal kencing manis,bole try sole..Insyaallah...xmahal pn..rm52 je.. Ada yang da try , dari bacaan gula 20 , boleh normal ke 4.. dah stop insulin pon.. insyaAllah....



Cara minum pon senang je..
setiap pagi : 3ml + 1mug air, minum sewaktu perut kosong
Sepanjang hari : 5ml+1.5ml : amalkan minum sepanjang hari.



BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh



Friday, 4 July 2014

Apa dah jadi??

Waaa.. Lamanya tak sentuh blog nih..
Ingatkan bila jadi housewife, makin byk masa lapang..
rupanya kerja office lagi banyak masa lapang..
Susah sebenarnya jadi fulltime housewife nih..huhu...

Qaseh Gold..
Sekarang nih, aku masih jadi pengedar Qaseh Gold.
Alhamdullillah...sambutan menggalakkan..
Feedback dari customer pon okay.. 
Esp di bulan-bulan puasa nih..
Ramai yang kata bertambah bertenaga..
Yang menyusukan anak pon kata susu bertambah..
Happy sebenarnya bila dapat tolong kawan-kawan..
Awal-awal nih, mmg takdelaa nak dapat income ratus-ratus, apatah lagi ribu riban dengan Qaseh..
Tapi, hati rasa lapang, rasa lega dapat tolong org.. =)
Takde laa rasa berniaga sangat pon..sbb tak keep track pon..huhu..
Takpe..baby steps.. Target dlm setahun, nak jadi stokis.. doakan ye?


Rumah
Rumah yang kitorang beli tu da nak siap da..
patut bulan sembilan ni..
Gementar..
Ikotkan keadaan savings aku ngan anan, campur ngan EPF, bolehlaa nak extend dapur, buat laman etc..
Tapi tak sure lagi.. tak buat kira2 lagi..huhu..roughly macam cukup utk bayar cash..
Tapi bila pikir, baby nak lahir..then aku pon tak keje, tataulaa nak standby utk bayar sewa ke x..
aku ngan anan pon tak go through details lagi..ikotkan hati, nak extend dapur utk asingkan wet & dry kitchen & dining area & bilik bawah utk tetamu.tapi tataulaa...
Doakan supaya rezeki kami cukup utk buat semua tu.. aminnnnn..

Pregnancy
Sekarang baby da masuk 22 minggu..
As expected, ada GDM and Placenta Previa..
Cuma kali nih placenta previa type 3.. Uri lagi dekat dengan pintu rahim..
Setiap minggu ada je bleeding..
tapi bukan fresh blood..so, aku tak risau sgt.. 
Baby pon still gerak2..harap2 semua okay..

InsyaAllah, kali ni baby perempuan.. dah 2 x g scan, nampak perempuan..
Alhamdullillah...
Walaupon tataula nak handle perempuan camne..
Ngan Syahmi ni bole laa ganas2..huhu..

itu jelaa kot yang sempat di update sekarang nih..huhu..
btw, barang2 baby aku ada dijual di theshopaholicboutique

bolehlaa jenguk2...macam-macam lagi ada dijual di sana..=)

Saya pengedar sah produk Ana Edar..

BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.
InsyaAllah bermanfaat

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Blog : http://wanie-qasehgold.blogspot.com/
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh


Friday, 30 May 2014

Anak Asthma / bronchitis?

Lama dah nak kongsi info ni..Tapi xsempat2...info mengenai bronchitis dan asthma di kalangan bayi...

Timeline cerita:
January 2014-1st time Syahmi kne bronchitis...warded 4hari...neb every 2hours,then 4hours..ubat batuk,ubat selsema and antibiotics sepanjang 4hari..dapat elak hydrocort.. but,sadly,Dia allergic dgn antibiotics..Walaupon Da bertegang urat ng doc kata Anak eczema y teruk,dan alahan dgn byk benda,dia still xnak dengar..bila Da tgk sendiri eczema naek after antibiotics,baru nak caya...
2 weeks after admitted,kena bronchitis lg..neb for 3days dgn ubat2 dr doc...
End Feb -Genap sebulan after 1st admission,achute bronchitis lagi sekali..warded 4days at different hospital..luckily,doc ckp there is no need for antibiotics Kalau kne bronchitis..so,on neb,ubat batuk dan selsema...
Genap sebulan after 2nd admission,start wheezing..entah camne,terpikir nak bawak g jumpa doc Nadir kat Wangsa Maju..Dari Opis kt pavi,balik klang amek Anak,bawak g wangsa maju..

Finally, aku jumpa solution Walaupon kena marah dengan doctor Nadir...SEBAB?(padan muka aku)
1.baby xkan Kena bronchitis..UNLESS,pernah mkn ubat batuk/selsema/tahan gatal..
2.Bila warded kat hospital,bronchitis terus hilang kenapa?sebab semua kahak2 dan lendir akan mendap..Dan hospital selalunya guna steroids semasa neb..(isk)

MAKA,NAK BUAT CAMNE?
1.Stop bagi ubat Batuk,selsema dan tahan gatal kat bayi
2.Belajar buat fisio ssendiri untuk keluarkan kahak..Walaupon lambat sgt nak sembuh,tapi kahak xkn mendap
3.once anak start batuk/selsema,start steam percussion..

HASIL?
1.Last week of every month,Syahmi akan dapat batuk selsema..Tapi,sebab buat steam percussion dan keluarkan kahak,dapat elak dr wheezing/neb..

Sape y Anak salu kena warded Sbb bronchitis, aku sgt syorkan walaupon sekali,bawak jumpa doctor Nadir dekat wangsa maju,seksyen 1 ni.. Ilmu y dia kongsi,rasanya sangat berguna dan membuka mata...
Tapi,nak jumpa doc ni,kne tgu dlm 3jam laa jugak..Sbb ramai sgt patient..Tapi,sngat berbaloi..Dan di antara klinik y buat fisio utk keluarkan kahak..merata cari kat klang xjumpa..


Ilmu tambahan lepas jumpa Dr.Nadir td.. 
budak y ada family history asthma,disarankan buat steam percussion atleast 2x seminggu walaupon anak xselsema /Batuk..
bila Ada org keliling sakit,buat setiap hari..
once dia Start batuk/wheezing,buat setiap 2jam..

(ingatkan aku buat 3x sehari Da cukup byk da..Huhu..)

P/s 1:Mind you,buat steam percussion to infant below 2years old,sgt mencabar..org tgk kita,Mcm nk dera anak je..Tp mmg berkesan..Walaupon Anak Da menangis meraung..
P/s 2:even org dewasa y selsema Batuk pon Bole buat steam percussion...
Cuma,aku tambah minyak habbatussauda dlm air waktu buat steam percussion, dan bg madu+hbatussauda sekali sehari..
Garlic pill and garlic socks sbg tambahan bila selsema..
Dan Qaseh Junior setiap pagi dan malam..

Sesekali,cubalah beli dan Baca buku Rasullullah is my doctor.. Berubatlah dengan makanan-makanan sunnah..

Sekian...

Disclaimer: Ini hasil perkongsian dari pengalaman aku sendiri dan nasihat dr doc.. bukan nak anti ubat,anti doctor,anti hospital.. boleh consult dengan doc Nadir sendiri..



BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com

Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Saturday, 17 May 2014

Risau susu merudum menjelang Ramadhan?

Risau susu merundum menjelang Ramadhan?
Saya ada tips... Jangan Skip makan sahur..
Makan nasi sewaktu sewaktu..
Jangan skip waktu pump..
Jangan fikirkan yang susu berkurang..
Sentiasa positif..

Air suam dan kurma juga jangan dilupa..
Ini kerana kurma dapat membekalkan tenaga..

Di kala sedang melawan sakit contraction nak bersalin pon,
seeloknya kunyah kurma..

Tapi, ramai yang tak tahu,
Kurma dan juga habbatus sauda sering kali digunakan sebagai milk booster
untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.. 
Natural milk booster..

cuma kadang-kadang, kita tak sempat nak makan.. 
Dengan mengambil Qaseh Adinda, InsyaAllah dapat membantu pengeluaran susu.. 
Ini kerana kandungan kurma dan habbatus sauda yang terdapat didalam ramuannya..

Saya sendiri pada mulanya mengambil untuk membantu 
pengeluaran susu di samping sebagai makanan tambahan ketika mengandung.. 
Alhamdullillah, walaupon hampir 4bulan mengandung, 
saya masih dapat menyusukan Syahmi yang 
berumur 1tahun 8bulan.. 
Badan pon tak terasa begitu letih dan lesu.. 

InsyaAllah bermanfaat.


                            



BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Thursday, 15 May 2014

New Journey

Alhamdullillah..

Bermulanya 13 hb May 2014, secara rasminya Saya mengakhiri career sebagai seorang Engineer.

Bermula lah kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa di samping berniaga produk Qaseh Gold secara Online.

Di harap keluarga, saudara mara dan sahabat handai dapat meyokong usaha murni untuk memartabatkan makanan sunnah.. Jadikan dia sebagai rutin harian hidup kita..
Tidak kira lah memakan secara raw, ataupon mengambil rumusan khas daripada Ana edar.

InsyaAllah, dah duduk rumah ni, dapatlah memberi sepenuh perhatian kepada anak comel saya, Syahmi Fawwaz dan adiknya yang masih berguling guling dalam perut..hehe...


BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh